Pages

Thursday 19 September 2013

Set Mengandung Shaklee - Vitamin Dan Suplemen Kehamilan Yang Penting Untuk Bayi Dalam Kandungan

Set Mengandung Shaklee atau juga dikenali Set Kehamilan Shaklee merupakan satu alternatif Vitamin dan Suplemen yang sangat diperlukan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan. Kenapa Kak Engku kata sedemikian? Jom baca artikel ini.

Sepanjang kehamilan, zat dan nutrien yang diperlukan bertambah kerana kini pengambilnannya bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk perkembangan si kecil dalam kandungan. Apakah Vitamin dan Suplemen yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika hamil dan bilakah waktu paling sesuai untuk mengambilnya? Perlu diingat pengambilan vitamin penting dan menjadi kemestian kepada bakal-bakal ibu.

Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. "Suplemen" yang bersesuaian di awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. Asid folik disarankan diambil seawal tiga bulan pra kehamilan apabila untuk merancang untuk hamil.

Selain asid folik, multivitamin lengkap dengan pelbagai "Vitamin" dan mineral adalah satu suplemen yang penting.

Kenapa Perlu Banyak Vitamin?

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun, pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pranatal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan. Suplemen seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu. Selain daripada diperolehi di klinik, ia boleh diperolehi dalam Set Kehamilan Shaklee.

Mengambil vitamin dan makanan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan dan fungsinya. Multivitamin atau suplemen dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

Anda melalui proses perubahan fizikal dan hormon yang kadang kala menyebabkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi. Jadi, pengambilan multivitamin atau suplemen adalah hanya sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting ketika hamil. Selain itu, perlu diingat bahawa vitamin atau suplemen BUKANLAH punca menyebabkan saiz bayi besar apabila dilahirkan.

Pengambilan Minyak Ikan

Bercakap mengenai suplemen yang merangsang minda anak, pengambilan asid lemak penting seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal tiga bulan pertama kehamilan amat digalakkan. Kepentingan mengambil suplemen minyak ikan untuk menjadikan bayi dalam kandungan bijak dan hebat. Di dalam Set Mengandung Shaklee produk tersebut dikenali sebagai Omega Guard.

Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan DHA. badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan. Omega 3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

Biarpun tubuh anda memerlukan pelbagai zat tambahan untuk menampung perkembangan janin, terdapat beberapa jenis suplemen yang dilarang dan tidak digalakkan pengambilannya sepanjang tempoh kehamilan. Antara vitamin dan suplemen yang berbahaya tersebut ialah Vitamin A atau retinol kerana ia kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Amalan pengambilan teh hijau di kalangan wanita hamil bagi mencegah sembelit. Walaupun teh hijau mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tetapi ia mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan dari badan yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Kandungan air dalam badan yang cukup adalah sangat penting sewaktu hamil. Diuretik akan menyebabkan vitamin dan nutrisi yang diserap dibuang melalui pembuangan airkecil. Oleh itu, anda perlu mengambil air mencukupi disamping buahan dan sayuran yang tinggi kandungan serat bagi mengelakkan masalah sembelit.

Waktu Pengambilan paling Sesuai

Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin dan suplemen ini perlu diambil pada waktu tertentu. Kebanyakkan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi. Hal ini membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya daripada fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatan tenaga sepanjang hari.

Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.

Pengambilan vitamin dan suplemen adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan anda dan kandungan berada pada tahap optimum. Di samping itu, pengambilan makanan seimbang dan air yang secukupnya adalah perlu bagi menjamin kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.


Berminat!! untuk mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, sudi-sudikan hubungi Kak Engku

Hubungi Kak Engku Untuk Mendapatkan Konsultansi Percuma Dan Cadangan Kombinasi "Set Kehamilan Shaklee" Yang Bersesuaian Dengan Budget.

Pembelian Set Mengandung Shaklee Di Sini, Melayakkan Mama Untuk Mendapat Khidmat Kaunseling PERCUMA Berpantang Dan Penyusuan Dari Kak Engku Bidan Bersalin.

(Kepakaran Kak Engku Adalah Dalam Khidmat Kebidanan, Penjagaan Berpantang, Penjagaan Bayi & Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif)


WhatsApp / SMS / Hello : 0192077643


Tengku Azmanira Raja Husin
Pengedar Shaklee Berdaftar : ID 908001


p/s: klik sini untuk lihat Set Bersalin Shaklee


No comments:

Post a Comment