Seorang Pengarah Pusat Pakar Perubatan berpendapat, Jika diberi pilhan untuk menggunakan lif atau tangga, dia tidak sesekali akan menggunakan tangga. Pastinya jawapannya itu agak mengejutkan kerana antara salah satu gaya hidup sihat yang amat digalakkan adalah dengan menggunakan tangga. Malah, ia merupakan antara bentuk senaman yang paling mudah dilakukan.
Jika mahu ke tingkat dua atau tiga bangunan dengan menggunakan tangga tidak mengapa, tetapi jika sampai ke tingkat lima mahupun 10 pun masih berdegil mahu gunakan tangga, saya kurang bersetuju. Ini kerana ketika menaiki tangga anda membebankan lutut dan kecederaan terutama pada tulang rawan mudah berlaku.
Saya juga tidak akan bermain sukan terutama sukan seperti badminton atau tenis. Sukan-sukan seperti ini lebih mendorong berlakunya kecederaan. Jika sebelum ini, masalah tulang rawan lebih banyak berlaku di kalangan ahli sukan, namun kini ia mudah berlaku kepada individu biasa yang gemar bersukan atau bersenam.
Jangan samakan kita dengan para atlet. Apabila seseorang atlet itu cedera akibat sukan masing-masing, mereka ada rawatan lain yang khusus berbanding dengan individu biasa. Jika anda masih mahu bersukan, saya sarankan anda berenang kerana sukan ini menggunakan keseluruhan anggota badan dan risiko kecederaan lebih kurang berbanding sukan lain.
Jika selepas ini ada rawatan atau ubat yang boleh menghilangkan kesakitan atau kecederaan yang dialami serta merta barulah saya akan melakukan pelbagai jenis sukan dan mungkin memilih untuk menaiki tangga, katanya.
No comments:
Post a Comment