KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Yang Bekerjaya



Persediaan Bayi

Anda perlu membiasakan bayi mengambil perahan susu dan juga orang yang akan menjaga bayi sementara anda pergi bekerja.


Perahan Susu

Mulakan dengan menggantikan satu seisi penyusuan dengan susu perahan

Secara teratur, anda boleh tingkatkan penggantian seisi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari. Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga tengahari

Susukan bayi anda sejurus sahaja anda pulang dari kerja


Penjaga Bayi

Latih penjaga bayi anda untuk memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil

Untuk permulaan, lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada bayi anda

Ini adalah kerana bayi anda yang biasa dengan bau ibunya akan menolak pemberian susu perahan yang diberikan oleh ibunya

Beri sedikit masa untuk memastikan penjaga anda memahami perkara-perkara seperti di bawah:-

Cara menyimpan perahan susu

Cara menyediakan susu untuk bayi

Tidak perlu memberi bayi air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada susu perahan

Nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan


Tips Latihan Guna Botol (Susu Ibu Perahan)

Bayi sememangnya bijak! Struktur puting dan botol yang berbeza dengan kulit anda mungkin membuatkannya menolak untuk minum daripada botol. Jika anda mahu melatih bayi minum Susu Ibu Perahan sebelum kembali bekerja, biarkan orang lain melakukannya dan BUKANNYA anda! Ia akan membiarkan dirinya kelaparan.

Jika bayi masih menolak untuk minum Susu Ibu Perahan menggunakan botol, bawa dia berjalan perlahan-lahan sambil memujuknya. Ada baiknya tinggalkan tudung ataupun baju anda kepada pengasuh bagi menenangkannya ketika minum Susu Ibu Perahan.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...