KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 24 July 2013

Tip Guna Puting Kosong



Ramai ibubapa beranggapan memberikan puting kosong kepada si kecil akan menyebabkannya leka sehingga kurang menangis dan tidak mudah meragam. Ia memudahkan ibu melakukan kerja-kerja rumah tanpa gangguan si kecil suka merengek. Berikut tip dan panduan yang perlu anda beri perhatian terhadap penggunaan puting pada si kecil:-

Tunggu sehingga si kecil anda boleh menggunakan puting dengan baik. Bersabarlah, sebaik-baiknya tunggu sehingga bayi berusia beberapa minggu atau lebih.

Biarkan bayi menentukan sendiri bila dia perlukan puting kosong. Jangan sesekali dipaksa.

Pilih puting kosong yang diperbuat dari bahan baik kualitinya dan mudah dibersihkan. Berhati-hati dengan puting yang telah rosak, ia mungkin menyebabkan si kecil tertelan. Sebaiknya pilih yang sesuai dengan si kecil.

Jika ada puting sesuai, belilah beberapa biji. Sentiasalah menukar puting kerana sebahagian si kecil tidak mahu putingnya ditukar apabila sudah terbiasa dengan puting lama kerana telah lembut.

Jaga kebersihan puting kosong. Sebelum menggunakan puting baru, cuci terlebih dahulu. Untuk mengelakkannya berkulat, rendamkan setiap hari dalam mangkuk berisi air panas yang dicampurkan sedikit cairan khusus mencuci puting.

Jangan menggunakan tali menggantungkan puting kosong pada leher si kecil, bimbang tali terbelit di leher dan boleh menyebabkan kematian.

Jika puting terlepas dari mulutnya ketika tidur, jangan masukkan semula ke dalam mulutnya.

Cuba cari cara lain untuk menenangkan bayi ketika meragam dan menangis. Jangan terburu-buru memasukkan puting dalam mulutnya. Mungkin dengan sedikit ayunan dan dukungan sudah memadai untuk si kecil kembali tenang. Ini penting supaya dia tidak terlalu bergantung kepada puting kosongnya apabila menangis.

Ketahui bila sebaiknya anda menghentikan pemberian puting kosong kepada anak. Kebanyakkan kanak-kanak berhenti menghisap puting ketika berusia 2 hingga 4 tahun. Jika tidak pasti usianya yang masih menggunakan puting kosong, anda boleh mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak.

Akhir sekali, keputusan memberikan puting kosong atau tidak berada di tangan anda. Biarkan kesalahan menjadi guru terbaik dalam mendidik dan merawat si kecil anda.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...