Susu ibu adalah makanan paling baik bagi bayi.
Kajian menunjukkan bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir hingga 6 bulan
pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat. Oleh itu adalah penting bagi
semua ibu mengetahui bagaimana, sekerap mana ibu-ibu sepatutnya menyusukan bayi
mereka bagi penyusuan ibu yang berjaya. Dengan ini mereka dapat memahami
kepentingan penyusuan ibu sepenuhnya bagi 6 bulan yang pertama.
1. Amalan Penyusuan Ibu Yang Disyorkan
Bayi hendaklah diberi penyusuan ibu sepenuhnya
(eksklusif) dari lahir hingga 6 bulan pertama
Tiada susu formula diberikan kepada bayi sebelum 6
bulan pertama
Penyusuan ibu hendaklah diteruskan sehingga 2 tahun
atau lebih dengan penambahan bahan makanan lain
Penyusuan Ibu Sepenuhnya (Eksklusif) bermaksud:
Tiada bahan minuman atau makanan lain yang
diberikan kepada bayi selain dari susu ibunya sebelum 6 bulan pertama
Tiada puting atau 'pacifier' diberikan kepada bayi
yang sedang menyusu ibunya
Makanan tambahan hanya perlu diberikan selepas bayi
berumur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
Perkara-Perkara Yang Boleh Mengganggu Penyusuan Ibu
Sepenuhnya 6 Bulan Pertama:
Bayi diberi bahan minuman atau makanan lain selain
dari susu ibu sebelum 6 bulan pertama
Bayi yang sedang menyusu ibu diberi puting susu
atau pacifier
Jumlah penyusuan ibu dihadkan
Tempoh atau lamanya penyusuan ibu dihadkan
2. Kebaikan Susu Ibu Berbanding Dengan Susu Formula
Susu ibu adalah khas untuk bayinya sahaja. Susu ibu penting bagi mengelakkan dari pelbagai jangkitan virus, bakteria, jangkitan paru-paru dan cirit-birit. Selepas bayi berumur satu bulan risiko terhadap jangkitan gram negative bakteria adalah tinggi kerana paras antibodi dari ibunya (plasenta) sudah mula berkurangan. Semua susu ibu adalah tidak serupa kandungannya. Susu ibu mengalami perubahan dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Pemberian air kepada bayi boleh mengurangkan khasiat susu ibu.
3. Kolostrum
Kolostrum atau Susu Awal Ibu mula dihasilkan dari 7 bulan kehamilan. Keadaan pekat berwarna jernih kekuningan. Ia membantu kesihatan bayi yang tidak terdapat dalam susu formula iaitu antibodi yang tinggi jumlahnya. Jumlah kolostrum yang dihasilkan adalah sedikit 20 - 30 ml setiap susuan. Ia adalah makanan bayi pertama yang amat sesuai sekali.
Kandungan Kolostrum Berbanding Dengan Susu Matang:
Tinggi protein, Vitamin Larut Lemak (ADEK) Zink dan
Sodium
Rendah Laktos (4%), lemak dan Vitamin Larut Air
(Vitamin B Complek dan Vitamin C)
Tinggi Vitamin K, penting bagi mengelakkan HDN
(Haemorrhagic Disease of Newborn)
Immunoglobulin (SIgA) yang tinggi
Immunisasi Pasif yang pertama kepada bayi. (Pasif
Immuniti kepada bayi)
Kolostrum adalah pencahar 'laxative'. Ia
menggalakkan pembuangan mekonium. Ini mengelakkan bayi dari Jaundis
Neonat(Neonatal Jaundice)
Mempunyai faktor "Bifidus" bagi
menggalakkan pembiakan koloni "Laktobacillus Bifidus". Koloni
bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan
koloni patogen E.Coli
Mempunyai enzim Lipase, laktase, lysozyme dalam
keadaan aktif
Mempunyai anti-oksidant, Beta kerotene (penting
bagi pembiakan sel)
4. Susu Ibu Pramatang
Proses sintesis susu ibu adalah satu proses yang kompleks. Proses sintesis susu ibu bermula pada awal penghamilan dan proses ini sempurna selepas 16 minggu kehamilan. Susu peringkat awal ini dinamakan susu ibu pramatang.
Kandungan Susu Ibu Pramatang berbanding dengan Susu Ibu Matang:
Tinggi protein, Immunoglobulin SIgA, Laktoferrin
Rendah Laktos
5. Susu Ibu Matang
Kolostrum berubah kepada susu matang selepas 2 minggu kelahiran. Susu ibu dari 3 hari hingga 2 minggu ini dinamakan susu peralihan. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa, dari sehari ke sehari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Beban Osmolariti susu ibu adalah sama dengan plasma. Beban osmolar ini adalah rendah terhadap buah pinggang. Susu ibu matang mudah dihadamkan iaitu dalam masa 1 1/2 jam berbanding dengan susu formula yang lebih lama (4 jam).
6. Kandungan Susu Matang
PROTEIN:
Protein susu ibu adalah paling rendah di kalangan
mamalia
Kandungan protein dalam susu ibu adalah sempurna
dan sesuai bagi tumbesaran bayi
Kebanyakan susu formula tidak mempunyai protein
yang seimbang
Kandungan protein susu ibu tidak dipengaruhi oleh
jenis pemakanan yang diambil oleh ibu
Protein susu ibu mudah dihadamkan dan diserap
dengan baik berbanding dengan susu formula
Kandungan Whey :Casein :80 :20 memudahkan
penyerapan
Lain-laiin protein susu ibu - Taurine baik bagi
perkembangan otak
LEMAK:
Lemak adalah punca tenaga utama bagi bayi
Kandungan lemak susu ibu boleh dipengaruhi oleh
diet pemakanan ibu
Lemak susu ibu mengandungi 'Long-chain fatty acid'
baik bagi perkembangan otak
Kandungan lemak yang rendah pada awal susuan
dinamakan "Foremilk" tetapi kandungannya menjadi tinggi pada akhir
susuan "Hindmilk"
Susu ibu mengalami variasi "Circadian"
iaitu perubahan kandungan lemak yang tinggi pada akhir pagi dan tengahari.
Enzim lipase membantu penghazaman lemak hanya
terdapat dalam susu ibu.
LAKTOS:
Laktos adalah sumber karbohidrat dan tenaga yang
utama.
Laktos memberi keperluan tenaga sebanyak 40%
Kandungan laktos dalam susu ibu mengalami perubahan
pada peringkat awal (kolostrum hanya mempunyai 4% laktos) dan bertambah dalam
susu matang (7%)
Laktos intolerance jarang berlaku pada bayi
Enzim laktase menggalakkan koloni
"Laktobacillus" dengan kehadiran "Bifidus Factor" dan
laktoferrin bagi mencegah pembiakan koloni pathogen E.Coli
Galatose pula adalah sumber asas Galaktolipid iaiti
satu bahan penting bagi pertumbuhan otak bayi
ZAT BESI:
Zat besi dalam susu ibu mudah diserap dan
dihazamkan (70%) berbanding dengan susu lembu (30%). Ini adalah kerana susu ibu
mempunyai "bioviliti" yang tinggi dan mudah diserap dengan baik
Anaemia disebabkan kekurangan zat besi dikalangan
bayi yang menyusu ibu sepenuhnya 6 bulan pertama jarang berlaku.
LAIN - LAIN ZAT:
Vitamin Larut Air (Vitamin B Complex dan Vitamin C)
adalah dalam kadar yang mencukupi
Vitamin K tinggi dalam kolostrum membantu mencegah
Haemorrhagis Disease of Newborn)
Kalsum: Phosphorus (2:1) memudahkan penyerapan
kalsium
70% kandungan susu adalah air. Bayi sudah mencukupi
air dalam susu. Ia tidak memerlukan sebarang air tambahan.
No comments:
Post a Comment