Tahukah Ibu?
Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah
putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi
untuk memakan kuman.
Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA)
yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang,
mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.
Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah
sempurna dan anda tidak perlu memberikan air tambahan.
Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk
perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan
menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!
Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan
susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.
Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap
iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.
Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah,
curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.
Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih
efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).
Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci
kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti
ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor
atau pakar laktasi.
Penghasilan susu bergantung pada permintaan
bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang
produk atau pemakanan tertentu.
Penghasilan Susu
Payudara adalah seperti kilang, boleh menghasil dan
menyimpan susu sepanjang masa tanpa berhenti-henti
Semasa hamil, payudara ibu akan berubah bagi menyesuaikan
si ibu untuk menyusu bayi yang akan lahir.
Diperingkat akhir kehamilan, payudara ibu akan
menghasilkan sejenis cecair yang berwarna kuning iaitu kolostrum (Susu Awal
Ibu)
Cecair ini amat mustahak kepada bayi yang baru
lahir
Mengandungi banyak protein dan daya penahan
(antibodi)
Menolong bayi mengeluarkan mekonium (Najis Berwarna
hijau kehitaman)
No comments:
Post a Comment