KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday, 23 July 2013

Sokongan Penyusuan



Sokongan Dari Suami
 
Bermula seawal kehamilan:

suami perlu mengetahui kepentingan dan pengendalian susu ibu

menghadiri klinik dan kelas antenatal bersama isteri

menemani isteri di bilik bersalin dan berikan sokongan


Selepas Kelahiran:

Berikan sokongan kepada isteri supaya dia berasa lebih tenang

Lakukan urutan belakang kepada isteri

Bantu isteri untuk mendapatkan posisi penyusuan yang selesa

Bantu isteri untuk memberi penjelasan kepada mereka yang menyarankan supaya memberi susu formula kerana kurang faham tentang penyusuan susu ibu. Ini bagi mengelakkan isteri dari merasa tekanan

Bantuan lain seperti membantu dalam melakukan kerja rumah termasuk menjaga anak seperti memandikan bayi dan menukar lampin. Ini dapat merapatkan hubungan bapa dengan bayi.


Sokongan Daripada Ahli Keluarga

Ahli keluarga lain juga boleh membantu dengan cara:

Belajar mengenai penyusuan susu ibu dengan berbincang bersama ahli keluarga yang berpengalaman

Ingatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan

Galakkan ibu berehat kerana ibu yang menyusu perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat

Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian dan juga dalam penjagaan bayi

Lindungi ibu dari mereka yang tidak peka dengan penyusuan susu ibu

Bantu untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang lain agar mereka tidak merasa tersisih

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...