Sokongan Dari Suami
Bermula seawal kehamilan:
suami perlu mengetahui kepentingan dan pengendalian
susu ibu
menghadiri klinik dan kelas antenatal bersama
isteri
menemani isteri di bilik bersalin dan berikan
sokongan
Selepas Kelahiran:
Berikan sokongan kepada isteri supaya dia berasa
lebih tenang
Lakukan urutan belakang kepada isteri
Bantu isteri untuk mendapatkan posisi penyusuan yang
selesa
Bantu isteri untuk memberi penjelasan kepada mereka
yang menyarankan supaya memberi susu formula kerana kurang faham tentang
penyusuan susu ibu. Ini bagi mengelakkan isteri dari merasa tekanan
Bantuan lain seperti membantu dalam melakukan kerja
rumah termasuk menjaga anak seperti memandikan bayi dan menukar lampin. Ini
dapat merapatkan hubungan bapa dengan bayi.
Sokongan Daripada Ahli Keluarga
Ahli keluarga lain juga boleh membantu dengan cara:
Belajar mengenai penyusuan susu ibu dengan berbincang
bersama ahli keluarga yang berpengalaman
Ingatkan ibu bahawa bulan pertama selepas kelahiran
adalah masa untuk belajar mengenai penyusuan
Galakkan ibu berehat kerana ibu yang menyusu
perlukan keseimbangan di antara aktiviti dan rehat
Cuba berikan bantuan dalam kerja-kerja seharian dan
juga dalam penjagaan bayi
Lindungi ibu dari mereka yang tidak peka dengan
penyusuan susu ibu
Bantu untuk memberi perhatian kepada anak-anak yang
lain agar mereka tidak merasa tersisih
No comments:
Post a Comment