KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday, 24 July 2013

Penyusuan Menerusi Botol



Sebelum kembali bekerja, anda perlu mengajar bayi menyusu susu botol. Jika tidak, anda perlu menggunakan alternatif lain seperti sudu, picagari ataupun jari. Seringkali masalah bayi yang tidak mahu menyusu susu ibu menggunakan botol merisaukan para ibu yang akan kembali bekerja. Jangan putus asa! Cabaran ini boleh diatasi jika anda mendapat bimbingan yang betul berkenaan cara untuk memberikan botol kepada bayi. Setiap perkara yang baru perlukan latihan dan dalam hal ini anda tidak terkecuali.

Menurut kajian pakar laktasi di Amerika Syarikat, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama kepada bayi adalah ketika dia berumur antara empat hingga enam minggu. Ini dapat memastikan penghasilan susu anda sudahpun stabil dan seterusnya dapat mengurangkan risiko bayi keliru puting. Menunggu terlalu lama sebelum memperkenalkan botol pertama kepada bayi boleh menyebabkan dia lebih gemar menyusu menerusi payu dara dan berkemungkinan menolak botol sama sekali.

Dalam pada itu, pastikan apabila bayi sudah boleh menerima botol, jangan pula ia dijadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila anda terpaksa berpisah dengan bayi! Bila bersama bayi, anda perlu menyusukannya terus dari payu dara. Anda tidak seharusnya memberikan botol sebagai satu tabiat harian jika anda tidak selalu berpisah dengan bayi kerana ia akan mempengaruhi penghasilan susu.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan bahawa bayi anda tidak lupa dan dapat terus menerima botol anda dinasihatkan untuk memberikannya botol sekurang-kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu. Contohnya, jika anda sedang bercuti panjang.

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan puting yang alirannya perlahan supaya walau apa pun usianya, dia tetap harus berusaha apabila menyusu dari botol. Botol yang mempunyai leher lebar (wide neck) dikatakan paling sesuai untuk bayi yang menyusu badan. Perhatian! Jangan tinggalkan bayi menyusu seorang diri, kerana banyak kes bayi tersedak susu sering berlaku sehingga boleh mengakibatkan kematian, jadi berhati-hati ye.


Antara tip yang dapat dikongsi ialah:

Gunakan puting jenis silikon dan bukannya lateks kerana bayi mungkin tidak suka pada rasa atau baunya.

Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikannya kepada bayi.

Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Anda digalakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada bayi. Ini dapat mengalihkan perhatiannya.

Posisi yang disyorkan apabila anda cuba untuk memberikannya botol adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada anda dan bukan posisi cradle yang biasa.

Anda tidak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulutnya, sebaliknya membiarkannya menarik puting itu sendiri ke dalam mulutnya.

Biasanya bayi akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya ketika baru bangun tidur atau hendak tidur.

Sekiranya bayi tidak mahu menyusu botol, minta bantuan suami atau ahli keluarga lain untuk memberikan susu botol kepadanya. Ini adalah kerana bayi sudah terbiasa dengan bau ibunya.


Paling penting! Jangan memaksa bayi kerana ini akan menyebabkan dia menolak botol sama sekali. Anda perlu banyak bersabar dan jangan berputus asa kerana ini memerlukan banyak latihan. Sebagai panduan, jangan memberi botol lebih daripada 10 minit setiap masa. Jika bayi marah dan menangis anda harus berhenti dan cuba lagi di lain masa.

Ketahuilah! Jika bayi menolak botol sama sekali anda boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan sudu, cawan, picagari atau finger feeder (meletakkan tiub halus di jari anda). Ok Selamat mencuba!
Post a Comment

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...