KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Wednesday 24 July 2013

Panduan Pemilihan Pam Susu



Bagi ibu bekerjaya, pam susu (pam payu dara) merupakan sesuatu yang amat penting. Malangnya, ramai ibu tidak membeli pam yang betul. Ketahuilah, tidak semua pam itu sama.

Memilih pam susu yang salah boleh menjadi antara penyebab kegagalan penyusuan eksklusif. Oleh kerana itulah, kebanyakan pakar laktasi memberi penekanan kepada penggunaan pam elektrik berbanding pam manual. Untuk memilih pam yang sesuai, anda harus memilih pam yang menyerupai cara hisapan bayi. Faktor ini membezakan antara pam elektrik yang efektif dan sebaliknya. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pam elektrik adalah seperti berikut.


Keselesaan

Biasanya, pam elektrik automatik dan mempunyai ciri auto-cycle lebih selesa untuk digunakan. Pam yang mempunyai ciri ini memerlukan anda mengawal sedutan dengan menekan butang khas. Jika perlu, carilah pam yang memberikan anda pilihan untuk menukar saiz corong sekiranya ia terlalu kecil atau besar. Untuk makluman, ia biasanya boleh dibeli secara berasingan sebagai aksesori tambahan.


Keberkesanan

Pilihlah pam elektrik yang menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang berkesan dapat mengeluarkan susu dengan baik, seterusnya merangsang penghasilan susu. Pam yang mempunyai auto-cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan penggunanya menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan. Kekuatan hisapan pam juga penting. Jika terlalu perlahan ia tidak berkesan. Jika terlalu kuat pula, boleh menyakitkan dan mencederakan payu dara anda. Jadi, carilah pam yang kekuatan hisapannya menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 200 - 240 mmHg. Fakta ini biasanya boleh diperolehi daripada pembekal yang menjual pam. Jadi anda disarankan membuat lebih banyak kajian supaya dapat memahami dan membuat perbandingan ciri-ciri pam yang sesuai.


Cara Mengepam

Antara pilihan pam elektrik yang sedia ada di pasaran berkemampuan untuk mengepam dengan cara yang berikut:


Sebelah Sahaja

Pam ini hanya mampu mengepam sebelah payu dara sahaja pada satu-satu masa. Tempoh mengepam juga agak lama dan rangsangannya tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua-dua belah serentak. Walau bagaimanapun, pam ini amat sesuai jika anda menggunakannya secara sambilan (1 atau 2 kali sehari).


Kedua-Dua Belah

Menurut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan merangsangkan penghasilan hormon prolaktin. Ia dapat memastikan bekalan susu yang berkekalan untuk jangka masa panjang. Ia amat disyorkan kepada ibu-ibu berkerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa untuk mengepam kerana ia dapat menjimatkan tempoh mengepam.


Ketahanan Pam

Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu dianggap sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam itu kelak. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. Jangan pilih pam mengikut pendapat teman kerana keperluan anda mungkin tidak sama dengannya. Pastikan anda mudah mendapat alat gantian jika perlu menggantikan mana-mana bahagian pam yang rosak. Ini penting jika anda tidak mahu mengeluarkan belanja berlebihan kerana terpaksa membeli pam yang baru semata-mata ada bahagian yang rosak.


Waktu Sesuai Mengepam

Menyentuh tentang waktu, ia bergantung kepada waktu lapang anda. Seelok-eloknya, lakukannya mengikut rutin yang tetap. Jadi, anda tidak perlu menunggu sehingga payu dara membengkak kerana susu akan dihasilkan sebaik sahaja proses mengepam dimulakan. Jika terlepas sekali dua rutin yang biasa dilakukan, tidak mengapa. Asalkan tidak ditinggalkan terus rutin tersebut. Tetapi perlu diingat, jangan dibiarkan susu tidak diperah melebihi 4 jam. Jika dibiarkan terlalu lama payu dara akan membengkak dan kadangkala boleh mengakibatkan saluran susu tersumbat.

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...