1.
Corak Pertumbuhan Bayi Yang Menyusu Badan
Kebanyakan berat badan bayi akan terus meningkat
jika diberi penyusuan ibu sejak dilahirkan
Berat badan mungkin turun sehingga 10% pada 3
hingga 4 hari pertama jika penyusuan tidak diberi dengan kerap
Dengan penyusuan yang kerap, timbangan akan naik
semula dalam jangkamasa 2 hingga 3 minggu
Berat badan selalunya naik 18 hingga 30 gram setiap
hari untuk 6 bulan pertama
2 kali ganda semasa berumur 5 hingga 6 bulan
3 kali ganda semasa berumur 1 tahun
2.
Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Dengan Cukup
Bayi menyusu susu ibu sekurang-kurangnya 8x dalam
masa 24 jam
Semasa menyusu, irama menghisap bertukar menjadi
perlahan
Bayi bertindakbalas terhadap persekitaran dan
mempunyai tonasi otot yang baik dan kulit yang sihat
Bayi kelihatan puas antara penyusuan
Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam
masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah
Bayi membuang air besar 3 hingga 8 kali sehari dan
ini akan semakin berkurangan apabila bayi membesar
Berat bayi meningkat secara konsisten dan puratanya
adalah 18 - 30 gram sehari
Buah dada ibu merasa penuh sebelum penyusuan dan
menjadi lembut selepas menyusu
No comments:
Post a Comment