Pages

Wednesday, 24 July 2013

Kurang Penghasilan Susu




1.     Corak Pertumbuhan Bayi Yang Menyusu Badan

Kebanyakan berat badan bayi akan terus meningkat jika diberi penyusuan ibu sejak dilahirkan

Berat badan mungkin turun sehingga 10% pada 3 hingga 4 hari pertama jika penyusuan tidak diberi dengan kerap

Dengan penyusuan yang kerap, timbangan akan naik semula dalam jangkamasa 2 hingga 3 minggu

Berat badan selalunya naik 18 hingga 30 gram setiap hari untuk 6 bulan pertama

2 kali ganda semasa berumur 5 hingga 6 bulan

3 kali ganda semasa berumur 1 tahun


2.     Tanda-Tanda Bayi Mendapat Susu Ibu Dengan Cukup

Bayi menyusu susu ibu sekurang-kurangnya 8x dalam masa 24 jam

Semasa menyusu, irama menghisap bertukar menjadi perlahan

Bayi bertindakbalas terhadap persekitaran dan mempunyai tonasi otot yang baik dan kulit yang sihat

Bayi kelihatan puas antara penyusuan

Bayi membuang air kencing 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah

Bayi membuang air besar 3 hingga 8 kali sehari dan ini akan semakin berkurangan apabila bayi membesar

Berat bayi meningkat secara konsisten dan puratanya adalah 18 - 30 gram sehari

Buah dada ibu merasa penuh sebelum penyusuan dan menjadi lembut selepas menyusu

No comments:

Post a Comment