KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Kebaikan Susu Secara Ekslklusif Selama 6 Bulan Pertama



Susu ibu mempunyai kebaikan kepada bayi terutama sekali jika penyusuan ibu diberi sepenuhnya atau secara eksklusif. Pada keseluruhannya bayi tidak mudah mendapat jangkitan penyakit. Penyusuan ibu sepenuhnya memberi cukup makanan kepada bayi bagi tumbesaran. Makanan lain boleh diberi hanya setelah bayi meningkat umur 6 bulan.


1. Perlindungan dari Penyakit

Bayi yang diberi susuan ibu kurang mendapat cirt-birit, jangkitan paru-paru (ARI) jangkitan usus (NEC)

Bahan yang dipanggil 'Bifidus factor' membantu koloni Laktobacillus membiak. Koloni ini bertanggungjawab dalam pencegahan pembiakan koloni E.Coli dalam usus.

Laktoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak.

Banyak agen anti-inflamtory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit

Lymphocyte dan Macrophages membantu melawan penyakit

Setiap susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah oleh ibu tersebut.

Hormon dan "Growth Factor" membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immunie bayi perkembangan otak dan lain-lain

Enzim lipase dan laktase membantu pembentukan sisi tem penghazaman bayi


2. Perlindungan Dari Allergi (Alahan)

Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu ibu. Ini boleh mengelakkan protein asing dari masuk ke dalam sistem ini

Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan 'toleransi' dan bukannya kesan allergik

Zat seperti zink dan 'long chain polyunsaturated fatty acid' membantu pembentukan sistem immune bayi

Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain


3. Lain-lain Kebaikan Kepada Bayi

Kadar Suddent Infant Death yang rendah (cot death)
Kadar Kencing Manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
Respon pelalian yang lebih baik
Kurang masalah gigi "orthodontik"
Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
Kanak-kanak yang lebih pintar


Teknik Penyusuan

Untuk memastikan kejayaan dalam penyusuan.

Ibu-ibu perlulah:

Mempunyai kemahuan untuk menyusukan bayinya

Yakin bahawa susunya mencukupi

Cukup rehat dan hindari dari tekanan

Diberi pengetahuan semasa mengandung tentang faedah-faedah susu ibu dan cara-cara penyusuan


Posisi Ibu

Ibu boleh memilih kedudukan yang paling selesa dan dapat bertahan lama.

Posisi baring
Duduk : cradle hold atau reverse cradle hold
Kedudukan sisi (football hold)
Berbaring terlentang

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...