KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Tuesday 23 July 2013

Fisiologi Penyusuan



Hormons dan Refleks

Prolaktin

Dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang terletak di otak
Menyebabkan sel tisu kelenjar dipayudara menghasilkan susu

Setiap kali bayi menghisap dipayudara, hujung saraf yang terdapat diputing ibu akan terangsang. Impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah. Darah membawa prolaktin ke payudara dan menyebabkan susu terhasil. Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan yang seterusnya.

Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hinggalah penghasilan susu dipanggil Refleks Penghasilan Susu atau Refleks Prolaktin.

Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu.

Bayi banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil
Bayi kurang menghisap, kuranglah susu akan terhasil

Prolaktin juga melambatkan aktiviti ovari, dengan itu ibu yang menyusu akan lambat kedatangan haid semula.


Oksitoksin

Dirembeskan oleh bahagian posterior kelenjar pituitari. Apabila bayi menyusu, saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak. Hasilnya oksitoksin dibebaskan ke dalam darah dan di bawa ke payudara. Oksitoksin bertindak ke atas otot-otot yang terdapat di sekeliling tiub-tiub halus dan lactiferous sinuses. Otot-otot ini memberi tekanan kepada tiub dan menolak susu keluar. Oksitosin bertindak untuk penyusuan kali itu sahaja. Proses-proses yang disebut di atas dipanggil "Refleks Oksitosin".

Reflek Oksitoksin adalah lebih komplek dari refleks prolaktin kerana ia melibatkan perasaan dan fikiran ibu. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringatkan bayinya, kelenjar pituitari mungkin merembeskan oksitoksin. Ini menyebabkan susunya akan mengalir. Apabila ibu mempunyai masalah yang menyebabkan ibu risau, sakit atau malu oksitoksin tidak dibebaskan dan susu tidak mengalir dengan lancar.

Oksitoksin juga menyebabkan dinding rahim mengecut dan mengeluarkan uri dari rahim. Jika ibu memberi susu kepada bayi sebaik sahaja selepas kelahiran, pendarahan akan berhenti dengan cepat.

Ibu yang baru melahirkan anak akan merasa sensasi pengecutan rahim yang kuat apabila menyusu. Perkara ini adalah normal dan akan berakhir.


Bagaimanakah Cara Untuk Menggalakkan Oksitosin

Menolong Ibu cara psikologi:

Memberi keyakinan
Meringankan kesakitan dan juga kebimbangan
Menolong memberi perangsang terhadap keadaan bayinya


Menolong atau memberi nasihat secara praktis:

Berehat sendirian dengan pertolongan kawan

Memegang bayi dengan cara sentuhan kulit

Memegang bayi diatas peha dengan emosi yang menggalakkan atau merenung bayi atau mengambil gambar bayinya sendiri

Meminum air yang suam

Demahan buah dada atau mandi dengan air suam

Rangsang puting dengan menarik atau menggentel dengan sendiri

Mengurut atau menggentil puting dengan jari

Urut belakang dengan bantuan seseorang


Faktor Ibu

Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak berkeyakinan

Menggunakan 'nipple shield'
Tidur jauh daripada anak
Mengambil ubat yang mungkin boleh mengurangkan penghasilan susu
Keletihan atau sakit
Penyakit Tiroid
Kurang zat makanan
Kurang tisu buah dada yang berfungsi


Faktor Bayi

Bayi mengantuk

Sukar melekap atau menghisap

Sakit atau mempunyai masalah perubatan seperti penyakit metabolik, sakit jantung, hypothyroidism, jangkitan salur kencing dan sebagainya


Bagaimana Boleh Meningkatkan Penghasilan susu

Meneruskan penyusuan ibu untuk meningkatkan penghasilan kalori

Memastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan

Memberi susu dari kedua-dua belah buah dada untuk beberapa kali pada satu penyusuan

Memberi susuan ibu lebih kerap dan lebih lama, siang dan malam sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari

Berhenti menggunakan susu botol dan puting

Menambah pengambilan makanan ibu jika pemakanan ibu tidak mencukupi

Lebih rehat kepada ibu

Letakkan bayi ke buah dada untuk menenangkan bayi

Menggunakan bahan-bahan yang dapat meningkatkan penghasilan susu

Memerah susu di antara penyusuan dan memberikannya dengan cawan atau 'supplementer'

No comments:

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...