Sejam
pertama penuh bermakna. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menyusukan si
manja buat pertama kalinya. Sebaiknya sahaja bayi dilahirkan, anda seharusnya
diberi peluang untuk memegang erat bayi. Sentuhan kulit ke kulit antara anda
dan bayi, sekurang-kurangnya 10 minit dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran
berupaya mengeratkan hubungan anda berdua. Malah, sentuhan yang sama menjadi
langkah penting untuk anda memulakan proses pengeluaran susu. Ketika ini, bayi
akan mencari payudara dan memberi tindak balas dengan menghisap payudara. Tindakan
ini dinamakan sebagai rooting reflex.
Menyusukan
bayi secepat mungkin dalam tempoh satu jam selepas kelahiran sememangnya
penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengeluaran susu yang lancar. Ia
juga merupakan langkah bijak untuk anda
merealisasikan impian penyusuan susu ibu di masa datang. Oleh yang demikian,
beritahu dan nyatakan hasrat anda kepada doktor dan jururawat di bilik bersalin
agar segera menyerahkan bayi sebaik dia dilahirkan untuk disusukan.
Kajian
menunjukkan bayi baru lahir yang mendapat sentuhan awal daripada ibu cepat
belajar untuk melekap dengan lebih efektif berbanding bayi yang terpisah
daripada ibunya dalam masa satu jam selepas lahir. Ketahuilah! Sejam pertama
ini adalah masa dimana bayi berada dalam keadaan waspada dan tenang. Jadi, dia
mudah berinteraksi dengan anda. Matanya yang terbuka luas membolehkan dia
mencari dengan penuh minat payudara.
Pemerhatian
yang dilakukan oleh pakar laktasi mendapati bayi baru lahir akan berusaha
bergerak menuju ke arah payudara. Biasanya dia mencapai sasaran itu dengan
bantuan yang minima. Oleh itu, beri sepenuh perhatian kepada bayi dalam tempoh
masa berharga ini. Renung wajahnya dan berbual-bual dengannya agar dia boleh
mendengar secara langsung suara yang pernah didengarinya di alam rahim. Dakap dia
agar berlaku sentuhan kulit ke kulit, perut ke perut dan pipinya ke payudara. Untuk
memastikan dia selesa, selimuti tubuhnya. Jangan khuatir kerana suhu tubuh anda
memadai untuk menghangatkannya.
No comments:
Post a Comment