Tulang adalah tisu hidup yang sentiasa diperbaharui. Struktur rangka yang berkualiti membolehkan anda bergerak dengan lebih baik dan mempunyai postur yang bagus dan semua itu mempunyai kesan langsung terhadap sejauh mana anda kelihatan dan rasa muda. Oleh itu, membina dan mengekalkan tulang kuat dan sihat adalah kepentingan sepanjang hayat. Selain aktiviti fizikal dan pendedahan matahari yang cukup, kita perlu mengambil nutrien-nutrien yang tepat untuk membina tulang yang kuat.
Magnesium
Kira-kira 50% jumlah magnesium dalam tubuh terdapat dalam tulang. Ia diperlukan untuk penyerapan kalsium kerana ia membantu dalam pengerakan kalsium. Selain itu, kalsium membanu mengekalkan kekuatan tulang, mengekalkan kestabilan rentak jantung, membantu mengawal atur gula darah dan membantu dalam metabolisme tenaga dan sintesis protein.
Vitamin D
Vitamin D diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan hormon kalsitriol yang penting dalam penyerapan kalsium yang kita ambil. Apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari, bentuk vitamin D yang wujud secara semulajadi iaitu vitamin D3 dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan kebimbangan tentang kerosakan kulit dan penuaan pramatang, ramai orang lebih suka untuk berlindung daripada matahari atau menggunakan tabir suria untuk melindungi kulit mereka.
Keadaan ini menjadikan sukar untuk memperoleh vitamin D yang cukup daripada pendedahan kepada cahaya matahari semata-mata. Walaupun tidak mustahil untuk memperoleh vitamin D yang cukup daripada diet yang penuh dengan ikan seperti tenggiri, hering, salmon, sardin, ikan keli dan tuna, hakikatnya kebanyakan diet moden tidak memasukkan makanan tersebut.
Kalsium
Kalsium membantu membina kekuatan dan ketumpatan tulang serta pengecutan otot dan membolehkan jantung mengepam. Oleh sebab tubuh kita boleh menghasilkan kalsium, penting untuk kita memperoleh sebanyak mungkin kalsium daripada makanan yang kita makan untuk mengelakkan kalsium 'dicuri' daripada tulang kita.
Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam jangka panjang boleh menyebabkan osteopenia yang boleh membawa kepada osteoporosis dan peningkatan risiko tulang retak, terutamanya kepada individu yang lebih tua.
Ostematrix suplemen terbaik untuk membekalkan kalsium bagi keperluan tubuh.
No comments:
Post a Comment