Setanding Minuman Tenaga!
Kelapa sudah lama dikaitkan dengan kepulauan tropika, pemanis mulut yang eksotik dan dalam kalangan penduduk tempatan, kompaun penyembuhan yang terdiri daripada antibakteria, antimikrob, antifungal dan antioksidan yang terkandung dalam airnya sudah pun dinikmati sejak berabad lama.
Daripada kelapa muda, air jernih yang kaya elektrolit menyegarkan sesiapa saja dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Air kelapa kurang menyebabkan loya dan sakit perut berbanding minuman elektrolit berkarbonat (minuman tenaga). Kajian pada tahun 2012 mendapati air kelapa setanding dengan minuman tenaga untuk hidrasi dan prestasi fizikal atlet.
Berbeza dengan minuman tenaga yang dikaitkan dengan kerosakan gigi, peningkatan berat badan, air kelapa yang manis mengandungi rantai trigliserida sederhana, yang membanu anda menurunkan berat badan selain mengatasi kepanasan mentari.
Air kelapa menyokong fungsi sistem imun, melindungi hati, mengurangkan oksidasi lipid dan meningkatkan sensitiviti insulin, selain sangat lazat. Jadi tak hairan kelapa dikenali sebagai pokok 1001 kegunaan.
No comments:
Post a Comment