Apa itu CoQHealth Plus. Ramai orang ingat sakit jantung biasanya membunuh secara tiba-tiba. Malah terdapat banyak kes di mana mangsa mengalami situasi yang menyukarkan, mati tak mati hidup tak hidup.
Keadaan inilah yang paling sengsara bagi pesakit dan ahli keluarga yang lain. Lantas atas kesedaran berkenaan, Shaklee Malaysia melancarkan CoQHealth Plus yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit vardioskular yang juga pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia.
CoQHealth Plus mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28mg zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta vitamin E dan ekstrak teh hijau.
Produk ini didatangkan dalam bentuk kapsul dengan bantuan kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil. Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah. Ia juga kaya dengan lain-lain kebaikan. Oleh yang demikian CoQHealth Plus adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung anda.
No comments:
Post a Comment