Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan
dipaksa. Oleh itu, teknik memujuk amatlah penting dalam usaha untuk
mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari.
Anda boleh gunakan tip berikut:
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan
belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. bayi akan lebih mudah
bekerjasama dan bertindak secara spontan.
Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang
digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke
payudara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh,
mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football
Hold. Anda juga boleh pratikkan posisi penyusuan yang lain.
Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi
dan sepi.
Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya
dengan perlahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.
Jika bayi lebih gemarkan payudara yang mempunyai
aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk
mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya,
kepit (scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk
merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payudara yang mana alirannya
perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu
yang berkekalan.
Sekiranya perbezaan saiz payudara merisaukan anda,
di sini Kak Engku sertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan.
Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang
digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan
penyusuan pada payudara tersebut.
Memerah payudara yang kecil selama 5 hingga 10
minit selepas sesi penyusuan.
No comments:
Post a Comment