Bila Harus Memulakan Perahan?
Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu ada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payu dara, susu berlebihan)
Persediaan Untuk Memerah Susu?
1. Ibu perlu bersedia dari segi Psikologi:
Perlu yakin
kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
perlu fikirkan perkara yang indah tentang bayi
2. Ibu perlu bersedia secara Praktikal:
bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum
teh/kopi
tuam atau urut payu dara
ransang puting susu dengan cara : gentel dengan
jari
dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2
- 3 minit
Latihan Memerah Susu Ibu
Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran
Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan
disteril (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dalam air panas
selamat 5 - 10 minit dan keringkan)
Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah
sememangnya sedikit tetapi lama kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas
beberapa kali percubaan.
Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih
Perah susu ke dalam bekas bersih yang mempunyai
penutup
Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu
bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk
Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu:
1. Hari 1 - 3
sarapan pagi (07.30 - 0930am): MSI/PI
2. Hari 4 – 6
Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
3. Hari 7 – 9
Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
Makan tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI
4. Hari 10 – 12
Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI
Makan Petang (03.30 - 04.30pm) : MSI/PI
*MSI : Memerah Susu Ibu (Ibu boleh mula berlatih memerah susu untuk di simpan samada secara manual atau menggunakan pam dua minggu selepas kelahiran. Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap di sebelah payudara satu lagi.
*PI : Penyusuan Ibu - susu yang disusui terus dari ibu
Nota: Perah dan simpan susu anda pada bila-bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan
Program Latihan Bayi Untuk Minum Susu Ibu Perahan:
Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan apabila bayi berumur 1 bulan atau selepas 4 minggu. Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 07.30 pagi hingga 06.30 petang. Bagi iby yang bekerja shif, boleh mengubahsuaikan mengikut masa bekerja.
Latihan Memerah Susu Ibu
Diingatkan kepada semua ibu-ibu yang bekerja dan
ingin memulakan pemberian perahan susu ibu kepada bayi, hendaklah dimulakan
dalam tempoh 14 hari SEBELUM BEKERJA.
Jadual Latihan Pemberian Perahan Susu Ibu Perahan kepada Bayi:
Hari 1 – 3
Waktu Penyusuan :
Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu
Hari 4 – 6
Waktu Penyusuan :
Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Pertengahan Pagi (10.30 - 11.30am)
Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu
Hari 7 – 9
Waktu Penyusuan :
Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Pertengahan Pagi (10.30 - 11.30am)
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm)
Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu
Hari 10 – 12
Waktu Penyusuan :
Sarapan Pagi (07.30 - 09.30am)
Pertengahan Pagi (10.30 - 11.30am)
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm)
Makan Petang (04.30 - 06.30pm)
Beri Susu Ibu Perahan
Perah dan Simpan Susu
Nota: Pastikan ibu terus menyusukan bayi sebaik sahaja berada bersama bayi dan sepanjang malam.
No comments:
Post a Comment