Ramai ibubapa beranggapan memberikan puting kosong
kepada si kecil akan menyebabkannya leka sehingga kurang menangis dan tidak
mudah meragam. Ia memudahkan ibu melakukan kerja-kerja rumah tanpa gangguan si
kecil suka merengek. Berikut tip dan panduan yang perlu anda beri perhatian
terhadap penggunaan puting pada si kecil:-
Tunggu sehingga si kecil anda boleh menggunakan
puting dengan baik. Bersabarlah, sebaik-baiknya tunggu sehingga bayi berusia
beberapa minggu atau lebih.
Biarkan bayi menentukan sendiri bila dia perlukan
puting kosong. Jangan sesekali dipaksa.
Pilih puting kosong yang diperbuat dari bahan baik
kualitinya dan mudah dibersihkan. Berhati-hati dengan puting yang telah rosak,
ia mungkin menyebabkan si kecil tertelan. Sebaiknya pilih yang sesuai dengan si
kecil.
Jika ada puting sesuai, belilah beberapa biji.
Sentiasalah menukar puting kerana sebahagian si kecil tidak mahu putingnya
ditukar apabila sudah terbiasa dengan puting lama kerana telah lembut.
Jaga kebersihan puting kosong. Sebelum menggunakan
puting baru, cuci terlebih dahulu. Untuk mengelakkannya berkulat, rendamkan
setiap hari dalam mangkuk berisi air panas yang dicampurkan sedikit cairan
khusus mencuci puting.
Jangan menggunakan tali menggantungkan puting
kosong pada leher si kecil, bimbang tali terbelit di leher dan boleh
menyebabkan kematian.
Jika puting terlepas dari mulutnya ketika tidur,
jangan masukkan semula ke dalam mulutnya.
Cuba cari cara lain untuk menenangkan bayi ketika meragam
dan menangis. Jangan terburu-buru memasukkan puting dalam mulutnya. Mungkin
dengan sedikit ayunan dan dukungan sudah memadai untuk si kecil kembali tenang.
Ini penting supaya dia tidak terlalu bergantung kepada puting kosongnya apabila
menangis.
Ketahui bila sebaiknya anda menghentikan pemberian
puting kosong kepada anak. Kebanyakkan kanak-kanak berhenti menghisap puting
ketika berusia 2 hingga 4 tahun. Jika tidak pasti usianya yang masih
menggunakan puting kosong, anda boleh mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak.
Akhir sekali, keputusan memberikan puting kosong
atau tidak berada di tangan anda. Biarkan kesalahan menjadi guru terbaik dalam
mendidik dan merawat si kecil anda.
No comments:
Post a Comment