Pages

Tuesday, 23 July 2013

Tanda-Tanda Susu Ibu Mencukupi Buat Bayi



Bunyi bayi menelan susu
Ibu merasa sesemut di buah dada
Let down di buah dada yang sebelah lagi
Bayi kencing 6 kali atau lebih 24 jam
Buang air besar 4 - 8 kali dalam masa 24 jam
Selesa di antara penyusuan
Payudara keras sebelum menyusu dan lembut selepas menyusu
Berat badan bayi naik 18 - 30 grams / tiap hari atau 125 - 210 grams / seminggu.


Lama Dan Kekerapan Menyusu

Lama masa menyusu terpulang kepada bayi
Puaskan menyusu pada satu buah dada sebelum memberi yang satu lagi
Susuan pada peringkat awal - bayi mendapat fore milk atau susu awal
Susuan peringkat pertengahan dan akhir bayi mendapat hind milk atau susu matang


Kekerapan:

Terpulang kepada bayi mengikut kekerapan masing-masing
Peringkat awal - lebih kerap
atau mengikut keperluan bayi


Makanan

Ibu memerlukan kalori yang tinggi dan air yang mencukupi untuk menghilangkan dahaga.

Ikuti panduan makanan ibu mengandung dan ibu menyusu bayi

No comments:

Post a Comment