Dalam
menyusukan bayi, salah satu faktor yang perlu dititikberatkan ialah posisi
penyusuan. Dengan melaksanakan posisi yang betul, ia dapat membantu anda
melancarkan selanjutnya menjayakan proses penyusuan.
Langkah Demi Langkah
Kedudukan
Selesa
Pastikan
kedudukan anda selesa di mana bayi diampu dengan baik. Anda boleh duduk
bersandar pada katil, sofa ataupun kerusi dengan kepala bayi di aas lengan
anda. Sebaik-baiknya jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga
menyukarkan dia mencapai puting untuk menyusu.
Elakkan
juga daripada terlalu membongkok hingga membuatkan anda begitu rapat dengan
bayi. Untuk itu, anda digalakkan untuk menggunakan bantal atau kusyen untuk
bersandar bagi menyokong diri anda dan bayi juga semasa proses penyusuan. Sebaik-baiknya
gunakanlah bantal menyusu.
Sokong
Bayi
Kepala,
tengkuk dan tubuh bayi haruslah berada dalam keadaan selari. Manakala mukanya
pula menghadap payudara. Hidung bayi perlu bertentangan dengan puting payudara.
Dalam pada itu, bayi perlu rapat dengan anda di mana punggung, kepala dan bahu
bayi diampu dengan sebaik-baiknya.
Ampu
Payudara
Lazimnya,
ramai ibu menyusu melakukan pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk
berada di atas puting manakala jari-jari yang lain di bawah puting ketika
menyusu. Sedangkan, cara yang betul memegang payudara ialah dengan melakukan
pegangan C di mana ibu jari berada di atas puting dan jari-jari lain di bawah
puting.
Lekapan
Bayi
Sebelum
mula menyusukan bayi, sentuh bibirnya. Biarkan mulut bayi terbuka luas. Kemudian,
halakan tubuh bayi ke arah payudara. Dalam pada itu, pastikan dia melekap pada
aerola dengan betul. Gerakan rahang dan bunyi tegukan yang kedengaran adalah
petanda bayi menyusu dalam posisi yang betul.
Jenis-Jenis Posisi Penyusuan
Secara
amnya, anda perlu tahu bahawa setiap kali sesi penyusuan berlangsung, kepala,
tengkuk dan badan bayi perlu berada dalam keadaan selari. Mukanya pula perlu
menghadap payudara. Hidung pula perlu bertentangan dengan puting payudara anda.
Ketahui juga bahawa bayi perlu rapat dengan anda, perutnya bertemu dengan perut
anda. Antara lain, kepala, bahu dan punggung bayi perlu diampu dengan
sebaik-baiknya. Dalam masa yang sama, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu
membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Cradle
Hold
Posisi
dakapan ini merupakan kedudukan yang paling biasa diamalkan oleh para ibu
menyusu ketika menyusukan bayi masing-masing. Ramai yang beranggapan, posisi
ini adalah cara paling alami bagi seseorang ibu untuk memegang bayi ketika
menyusu.
Ia
sememangnya sangat selesa buat diri anda sendiri dan bayi yang disusukan juga. Posisi
ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu. Oleh yang demikian, anda
tidak perlu memusingkan kepala bayi untuk menyusukannya.
Dalam
mengaplikasikan posisi klasik ini, apa yang perlu anda ketahui ialah kepala
bayi perlu berada dalam keadaan seperti berehat di dalam dakapan anda. Dalam masa
yang sama, sokong bahagian belakang badan dan punggung bayi. Lengannya pula
perlu berada di bahagian sisi.
Cross
Cradle Hold
Posisi
ini hampir sama seperti posisi cradle hold. Dengan menggunakan posisi ini, bayi
akan diampu oleh sebelah lagi tangan anda. Jika bayi menyusu di payudara kiri,
bahagian badan, belakang dan kepalanya diampu oleh lengan kanan anda. Tapak tangan
anda pula akan mengampu kepala bayi. Selain daripada itu, badan bayi boleh juga
disokong dengan menggunakan bantal menyusu.
Anda
perlu berada dalam posisi tegak. Jangan membongkok kerana ia boleh menyebabkan
anda berasa tidak selesa ketika menyusukan bayi. Malah hal yang sama boleh
menyebabkan anda mengalami sakit belakang. Sementara itu, ketahuilah posisi ini
amat sesuai untuk para ibu yang mempunyai saiz payudara yang agak besar.
Football
Hold
Posisi
seperti ini memerlukan sokongan tambahan iaitu anda memerlukan bantal menyusu
bagi menyokong bayi agar dia kekal selesa. Bantal berkenaan perlu diletakkan di
bahagian tepi tubuh atau bawah lengan anda bagi membolehkan bayi berada sama
paras dengan payudara.
Untuk
makluman, teknik ini sangat sesuai untuk dipraktikkan oleh ibu yang melahirkan
bayi secara czer. Hal ini kerana posisi ini dapat membantu anda mengelakkan
bahagian perut daripada menerima tekanan berat badan bayi.
Selain
itu, posisi ini juga sesuai untuk anda yang memilikki payudara besar,
menyusukan bayi pramatang atau bayi bayi bersaiz kecil. Malah anda yang
mempunyai anak kembar juga boleh mengaplikasikan posisi ini untuk menyusukan
mereka pada waktu yang serentak.
Lying
Down
Posisi
menyusukan bayi secara berbaring ini boleh digunakan ketika anda mahupun bayi
berasa letih. Ia amat selesa. Malah, jika anda baru melahirkan bayi secara
czer, posisi ini boleh dicuba pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi. Lakukannya
dengan menyokong kepala bayi dengan lengan ketika anda berbaring.
Tandem
Lazimnya,
posisi-posisi ini diamalkan oleh mana-mana ibu menyusu yang mempunyai anak
kembar agar dia dapat menyusukan kedua-dua orang anak dalam satu-satu masa. Walau
bagaimanapun, posisi yang sama juga boleh anda aplikasikan jika masih mempunyai
anak yang lebih berusia untuk menyusu bersama bayi kecil pada waktu yang sama.
No comments:
Post a Comment