Untuk
mengetahui betapa istimewanya susu ibu yang mengandungi antibodi bagi
melindungi bayi. Pada awal kelahiran, susu yang keluar adalah pekat dan
berwarna kekuningan yang dinamakan sebagai kolostrum. Ia merupakan imunisasi
pertama unuk bayi. Sayang sekali jika kolostrum yang wujud hanya untuk beberapa
hari selepas kelahiran tidak diberikan kepada simanja.
Ketahuilah,
biarpun kuantiti kolostrum adalah sedikit namun ia cukup untuk memenuhi
keperluan bayi. Saiz perut bayi baru lahir kecil iaitu sebesar sebiji guli. Jadi,
dia tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak pada hari-hari awal selepas
kelahirannya.
Kolostrum
merupakan makanan sempurna bagi bayi. Ia mengandungi kandungan protein, vitamin
A dan vitamin E yang lebih tinggi berbanding susu matang. Kolostrum juga
mengandungi faktor pertumbuhan yang membantu mematangkan usus dan mencegah
alahan. Jika makanan lain seperti susu formula atau air kosong diberi kepada
bayi terlebih dahulu sebelum kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan
ususnya dan meyebabkan alahan serta penyakit lain.
Jangan
sesekali tertipu dengan anggapan bahawa susu anda terlalu sedikit untuk bayi
kerana kolostrum yang dihasilkan sangat mencukupi. Bagi mempercepatkan
penghasilan susu matang, anda hanya perlu kerap menyusukan bayi,memastikan
posisi penyusuan yang betul dan pada masa yang sama dapatkan khidmat urutan
daripada bidan terlatih. Proses urutan yang dilakukan dapat membuka liang susu
yang mungkin tersumbat sekaligus melancarkan aliran susu.
Panduan
Bermula
Dalam
usaha memastikan anda dapat bermula dengan baik, aplikasikan tip berikut bagi
memudahkan proses penyusuan anda.
Tenang
dan yakin bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan.
Cuba
susukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan di dalam bilik bersalin.
Lazimnya
bayi baru lahir dapat mencari di mana payudara ibunya berada. Proses ini kadang
kala mungkin memakan masa terutamanya jika anda mengambil ubat penahan sakit. Jadi,
besabar dan cuba luangkan masa berharga ini bersamanya.
Pastikan
anda selesa sewaktu menyusukannya. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan
kepala.
Letakkan
bayi ke arah payudara dan galakkan dia membuka mulutnya. Sokong belakang dan
bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh payudara anda.
Pastikan
kepala bayi berhadapan dengan payudara supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan
hidung sepatutnya menghadap puting anda. Sokong payudara supaya ia tidak
menekan dagu bayi.
Sekiranya
anda berasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi dari puting dan cuba
sekali lagi.
Pastikan
bahagian belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia
boleh memberikan sakit belakang.
Manfaat Penyusuan Susu Awal
Membina
sistem imunisasi tubuh bayi menerusi kolostrum yang mengandungi vitamin A dan
antibodi yang tinggi.
Merapatkan
hubungan antara anda dan bayi.
Mengurangkan
risiko anda mendapat kanser payudara dan rahim.
Membantu
dalam proses pengecutan rahim bagi mengelakkan masalah tumpah darah selepas
bersalin.
Menghindar
atau mengurangkan masalah bengkak susu apabila susu matang mula terhasil.
Penyusuan
kolostrum di peringkat awal akan mengurangkan masalah jaundis kerana bilirubin
dalam darah dikeluarkan oleh badan bayi melalui sistem penghadaman dengan
mudah.
Rangsangan
untuk menghisap berada di tahap paling kuat kira-kira 20 – 30 minit selepas
kelahiran. Hisapan pada peringkat awal akan menjamin kejayaan penyusuan susu
ibu di peringkat seterusnya.
No comments:
Post a Comment