Susu ibu mempunyai kebaikan kepada bayi terutama
sekali jika penyusuan ibu diberi sepenuhnya atau secara eksklusif. Pada
keseluruhannya bayi tidak mudah mendapat jangkitan penyakit. Penyusuan ibu
sepenuhnya memberi cukup makanan kepada bayi bagi tumbesaran. Makanan lain
boleh diberi hanya setelah bayi meningkat umur 6 bulan.
1. Perlindungan dari Penyakit
Bayi yang diberi susuan ibu kurang mendapat
cirt-birit, jangkitan paru-paru (ARI) jangkitan usus (NEC)
Bahan yang dipanggil 'Bifidus factor' membantu
koloni Laktobacillus membiak. Koloni ini bertanggungjawab dalam pencegahan
pembiakan koloni E.Coli dalam usus.
Laktoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan
bakteria tidak mudah membiak.
Banyak agen anti-inflamtory membantu proses inflamatori
yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
Lymphocyte dan Macrophages membantu melawan
penyakit
Setiap susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan
penyakit yang telah terdedah oleh ibu tersebut.
Hormon dan "Growth Factor" membantu
pertumbuhan dan kematangan sistem immunie bayi perkembangan otak dan lain-lain
Enzim lipase dan laktase membantu pembentukan sisi
tem penghazaman bayi
2. Perlindungan Dari Allergi (Alahan)
Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu
ibu. Ini boleh mengelakkan protein asing dari masuk ke dalam sistem ini
Pendedahan yang rendah terhadap protein asing
menghasilkan 'toleransi' dan bukannya kesan allergik
Zat seperti zink dan 'long chain polyunsaturated
fatty acid' membantu pembentukan sistem immune bayi
Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada
bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula
termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma,
eczema dan lain-lain
3. Lain-lain Kebaikan Kepada Bayi
Kadar Suddent Infant Death yang rendah (cot death)
Kadar Kencing Manis (IDDM), Otitis Media yang
rendah
Respon pelalian yang lebih baik
Kurang masalah gigi "orthodontik"
Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang
lebih baik
Kanak-kanak yang lebih pintar
Teknik Penyusuan
Untuk memastikan kejayaan dalam penyusuan.
Ibu-ibu perlulah:
Mempunyai kemahuan untuk menyusukan bayinya
Yakin bahawa susunya mencukupi
Cukup rehat dan hindari dari tekanan
Diberi pengetahuan semasa mengandung tentang faedah-faedah
susu ibu dan cara-cara penyusuan
Posisi Ibu
Ibu boleh memilih kedudukan yang paling selesa dan dapat bertahan lama.
Posisi baring
Duduk : cradle hold atau reverse cradle hold
Kedudukan sisi (football hold)
Berbaring terlentang
No comments:
Post a Comment