Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda.
Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda
duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya
apabila menyusu.
Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk
bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar
di kerusi.
Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi
sehingga susah ia mencapai puting payudara anda. Jangan terlalu membongkok
sehingga terlalu rapat dengan bayi.
Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen atau bahan
yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat
menyokong anda dan bayi.
Perkara Yang Perlu Dielak
Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika
menyusu.
Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan
atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol
susu itu.
Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang
kejadian tidak diingini.
Jangan pandang remeh pembelian puting susu.
Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga
berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.
No comments:
Post a Comment