Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema dan
demam)
Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat
kanser payu dara dan ovari
Tidak membantu menjarakkan kehamilan
Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat
makanan
Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
Mudah tercemar
Kegemukan
Mudah mendapat cirit birit
Memberi Botol Susu Kepada Bayi Anda
Pada kira-kira sepuluh hari yang pertama kehidupan
bayi anda, rangsangkan refleks penghisapannya. Usap pipinya yang paling hampir
dengan anda. Dia sepatutnya berpaling dan membuka mulutnya. Jika dia tidak
berbuat demikian, atau bayi lebih besar, biarkan beberapa titis susu terbentuk
pada puting susu, kemudian sentuh bibirnya dengan puting itu untuk memberinya
merasa susu tersebut. Adalah lebih mudah untuk bayi anda menelan jika dia berbaring
dalam keadaan separuh tegak. Letakkan lapik dada pada bayi sebelum
menyusukannya.
Apabila bayi anda menyusu, pegang botol tersebut dengan baik supaya dia dapat menarik botol pada arah bertentangan ketika menghisap. Condongkan botol supaya puting susu dipenuhi susu, bukan udara. Sekiranya puting susu itu jatuh, gerakkan ke sekeliling di dalam mulut bayi anda untuk membenarkan udara masuk kembali ke dalam botol.
Apabila bayi anda telah menghabiskan semua susu tersebut, tarik botol darinya dengan teguh. Jika dia masih hendak menghisapnya, berikan jari kecil anda yang bersih. Dia akan memberitahu anda jika dia menghendaki susu lagi.
Jika Dia Enggan Lepas
Sekiranya bayi anda enggan melepaskan botolnya, walaupun selepas penghisapan yang lama, sisipkan jari kecil anda di antara gusinya sepanjang puting susu tersebut.
Tidur Semasa Menyusu
Jika dia terlena semasa menyusu, mungkin ada angin di dalam perutnya yang menyebabkannya berasa kenyang. Dudukkan dan sendawakannya selama beberapa minit, kemudian berikan susu lagi.
No comments:
Post a Comment