Hormons dan Refleks
Prolaktin
Dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang terletak
di otak
Menyebabkan sel tisu kelenjar dipayudara
menghasilkan susu
Setiap kali bayi menghisap dipayudara, hujung saraf yang terdapat diputing ibu akan terangsang. Impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah. Darah membawa prolaktin ke payudara dan menyebabkan susu terhasil. Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan yang seterusnya.
Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hinggalah penghasilan susu dipanggil Refleks Penghasilan Susu atau Refleks Prolaktin.
Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu.
Bayi banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil
Bayi kurang menghisap, kuranglah susu akan terhasil
Prolaktin juga melambatkan aktiviti ovari, dengan
itu ibu yang menyusu akan lambat kedatangan haid semula.
Oksitoksin
Dirembeskan oleh bahagian posterior kelenjar pituitari. Apabila bayi menyusu, saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak. Hasilnya oksitoksin dibebaskan ke dalam darah dan di bawa ke payudara. Oksitoksin bertindak ke atas otot-otot yang terdapat di sekeliling tiub-tiub halus dan lactiferous sinuses. Otot-otot ini memberi tekanan kepada tiub dan menolak susu keluar. Oksitosin bertindak untuk penyusuan kali itu sahaja. Proses-proses yang disebut di atas dipanggil "Refleks Oksitosin".
Reflek Oksitoksin adalah lebih komplek dari refleks prolaktin kerana ia melibatkan perasaan dan fikiran ibu. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringatkan bayinya, kelenjar pituitari mungkin merembeskan oksitoksin. Ini menyebabkan susunya akan mengalir. Apabila ibu mempunyai masalah yang menyebabkan ibu risau, sakit atau malu oksitoksin tidak dibebaskan dan susu tidak mengalir dengan lancar.
Oksitoksin juga menyebabkan dinding rahim mengecut dan mengeluarkan uri dari rahim. Jika ibu memberi susu kepada bayi sebaik sahaja selepas kelahiran, pendarahan akan berhenti dengan cepat.
Ibu yang baru melahirkan anak akan merasa sensasi pengecutan rahim yang kuat apabila menyusu. Perkara ini adalah normal dan akan berakhir.
Bagaimanakah Cara Untuk Menggalakkan Oksitosin
Menolong Ibu cara psikologi:
Memberi keyakinan
Meringankan kesakitan dan juga kebimbangan
Menolong memberi perangsang terhadap keadaan
bayinya
Menolong atau memberi nasihat secara praktis:
Berehat sendirian dengan pertolongan kawan
Memegang bayi dengan cara sentuhan kulit
Memegang bayi diatas peha dengan emosi yang menggalakkan
atau merenung bayi atau mengambil gambar bayinya sendiri
Meminum air yang suam
Demahan buah dada atau mandi dengan air suam
Rangsang puting dengan menarik atau menggentel
dengan sendiri
Mengurut atau menggentil puting dengan jari
Urut belakang dengan bantuan seseorang
Faktor Ibu
Refleks oksitosin kurang baik, malu dan tidak
berkeyakinan
Menggunakan 'nipple shield'
Tidur jauh daripada anak
Mengambil ubat yang mungkin boleh mengurangkan
penghasilan susu
Keletihan atau sakit
Penyakit Tiroid
Kurang zat makanan
Kurang tisu buah dada yang berfungsi
Faktor Bayi
Bayi mengantuk
Sukar melekap atau menghisap
Sakit atau mempunyai masalah perubatan seperti
penyakit metabolik, sakit jantung, hypothyroidism, jangkitan salur kencing dan sebagainya
Bagaimana Boleh Meningkatkan Penghasilan susu
Meneruskan penyusuan ibu untuk meningkatkan
penghasilan kalori
Memastikan bayi melekap dengan betul untuk
penyusuan yang berkesan
Memberi susu dari kedua-dua belah buah dada untuk
beberapa kali pada satu penyusuan
Memberi susuan ibu lebih kerap dan lebih lama,
siang dan malam sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari
Berhenti menggunakan susu botol dan puting
Menambah pengambilan makanan ibu jika pemakanan ibu
tidak mencukupi
Lebih rehat kepada ibu
Letakkan bayi ke buah dada untuk menenangkan bayi
Menggunakan bahan-bahan yang dapat meningkatkan
penghasilan susu
Memerah susu di antara penyusuan dan memberikannya
dengan cawan atau 'supplementer'
No comments:
Post a Comment