Coenzyme Q10
Ambil
sebiji bola tenis dan cuba genggam kuat-kuat. Lakukan sebanyak 70 kali dalam
tempoh seminit. Jika anda lakukannya pada kadar yang sama selama 24 jam, anda
telah memicit bola tersebut lebih 1,000 kali!
Apa
yang terjadi kepada tangan anda? Yang pasti anda, tidak mampu melakukannya
selepas beberapa kali. Namun itulah yang dilalui oleh jantung anda setiap saat
tanpa mengira siang atau malam. Jantung merupakan "mesin" paling
menakjubkan pernah dicipta!
Bagaimanapun
faktor seperti diet tidak seimbang dan pendedahan terhadap radikal bebas
menjadi cabaran utama dalam penjagaan kesihatan jantung sama ada bagi rakyat di
negara ini dan seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit
kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok!
Selain
itu, seiring peningkatan usia, jantung kita secara mendadak mengalami
kekurangan tenaga. Kekurangan tenaga mengakibatkannya tidak mampu mengepam
darah dengan cekap. Sekiranya sel-sel dan organ-organ tidak memperoleh oksigen
dan nutrien dengan cukup, kejadian pertama yang akan berlaku ialah anda berasa
letih dan tidak bermaya.
Di
situlah bermula episod di mana seseorang itu akan jatuh sakit! Menerusi kajian,
kekurangan ko-enzim yang dinamakan CoQ10 sememangnya memberi kesan kepada
jantung dan sistem kardiovaskular. Hasil beberapa kajian menunjukkan kegagalan
jantung kongesif juga adalah disebabkan kekurangan CoQ10.
Kebanyakkan
pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan
amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti,
senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.
1
kapsul = 28 cawan brokoli.
Suplemen
CoQ10 dikatakan amat penting untuk melindungi kesihatan jantung. Walaupun ia
boleh didapati secara semulajadi dalam banyak makanan seperti daging lembu dan
sayuran, jumlahnya dalam makanan sangat kecil.
Berbeza
dengan kapsul ini, ia mengandungi campuran 28 g CoQ10 dengan vitamin E dan
ekstrak teh hijau bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan
yang lebih baik. Untuk mendapatkan jumlah yang setara, kita perlu mengambil
hampir 1.7 kg ayam ataupun 28 cawan brokoli setiap hari! Sesuatu yang pastinya
sukar untuk dilakukan!
Diet
harian yang terjaga mampu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun berdasarkan
kajian, ramai di kalangan kita yang mengambil kurang daripada 10 mg sehari.
Tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi pada usia 20 tahun dan
menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun dikatakan jantung kita
hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah yang pernah
dihasilkan pada usia 20 tahun.
Oleh
kerana ramai orang selepas 40 tahun mempunyai paras CoQ10 yang rendah, maka
mengambil suplemen CoQ10 adalah difikirkan sebagai suatu perlaburan kesihatan
yang amat berharga untuk mencapai penuaan yang optimum.
Ia
adalah nutrien larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel
tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja
keras seperti jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.
Ia
bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga
untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak daripada makanan, dan
CoQ10 diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang
membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.
CoQ10
membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah
sekali gus memperbaiki aliran darah. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang
kuat dan membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan kolesterol LDL yang
menyebabkan penyumbatan salur darah.
Manfaat CoQ10
Untuk
Kesihatan Jantung
Rawatan
dan pencegahan penyakit kardiovaskular, termasuk arterosklerosis (arteri
tersumbat). Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan
otot jantung. Tekanan darah pada pesakit dengan tekanan darah tinggi.
Untuk
Kanser
Doktor
telah menggunakan CoQ10 untuk merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan
kepada pesakit yang menerima kemoterapi.
Penyakit
Gusi
CoQ10
juga telah digunakan dengan keputusan yang baik untuk merawat gejala distrofi
otot dan penyakit gusi.
Kesihatan
Mental
Kajian
makmal menunjukkan bahawa pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat daripada
CoQ10 tambahan.
Rawatan
Obesiti
Kajian
menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 boleh mengurangkan berat badan dan ia telah
dicadangkan bahawa CoQ10 boleh memberi manfaat dalam rawatan pesakit dengan
sindrom keletihan kronik.
Kesuburan
CoQ10
turut dikaitkan dengan peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan
lelaki.
No comments:
Post a Comment