KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah serta Kualiti yang dijamin Tulin.

Monday, 21 April 2014

Hentikan Tabiat Buruk Makan

Makan tidak memberi masalah jika anda berada di rumah kerana semuanya terletak di tangan kita. Tetapi kita tidak duduk di rumah sepanjang masa. Kebanyakan masa sedar kita dihabiskan di pejabat, sekolah atau pusat membeli belah - tempat di mana kita akan berasa lapar dan "terpaksa" menuju sama ada ke vending machine, kedai serbaneka atau gerai makan.

Lantaran agak sukar untuk kita makan secara sihat, jika itulah pilihan yang ada. Di bawah diberi cadangan untuk anda menangani rasa lapar secara sihat:
  1. Sediakan dan makan banyak sayur dan buah.
  2. Pilih jus buah semulajadi.
  3. Beli produk berasaskan mil penuh atau lengkap.
  4. Kurangkan makanan terproses dan pilih makanan sebenar.
  5. Pilih salad atau kekacang.
  6. Jauhkan makanan ringan daripada pandangan.
  7. Makan pada masa yang betul.

Friday, 28 March 2014

Susu Ibu Rangsang Selera Bayi

Deria rasa bayi mula berkembang sejak ia masih dalam rahim apabila ia terdedah kepada diet ibu. Rasa makanan yang diambil ibu akan terus dikongsi bersama bayi melalui pemberian susu badan.

Disebabkan pemakanan ibu, susu badan akan mempunyai rasa sedikit berbeza setiap kali bayi meminumnya. Ia membuatkan anak berselera dan apa saja yang berasa manis akan menarik perhatian anak.

Oleh itu, sepanjang pemberian susu badan, ibu dinasihatkan pakar perubatan untuk makan pelbagai jenis makanan berzat tinggi dalam kumpulan rasa berbeza supaya anak lebih bersedia dan tidak cerewet apabila mula diperkenalkan dengan makanan pepejal.

Thursday, 27 March 2014

Panduan Legakan Rasa Marah

Ada orang marah dalam diam. Ia seperti api di dalam sekam, sentiasa membakar. Jika tidak dilepaskan, ia bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Marahnya seperti letupan bom. Ia meletus dan padam tidak lama kemudian, hinggakan orang yang dimarahi jadi hairan mengapa orang yang memarahinya itu boleh tersenyum dan berbual mesra dengannya tidak sampai beberapa minit dia di bambu.

Panduan Legakan Rasa Marah

Tarik Nafas Dalam-Dalam - setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

Mengingatkan Diri Anda Sendiri - seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif.

Fikirkan Sesuatu Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira - sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.

Keluar Daripada Situasi Kemarahan - pemikiran seseorang yang sedang berada di dalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus di dalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba cari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti berwuduk, mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

Wednesday, 26 March 2014

Cara Bakar Kalori Cepat Di Tempat Kerja

Satu kajian menyatakan bahawa duduk sekurang-kurangnya selama empat jam sehari boleh meningkatkan risiko kencing manis dan penyakit jantung walaupun anda bersenam setiap hari. Tetapi, masih ada cara mudah yang boleh dilakukan di tempat kerja anda untuk bakar lebih lagi kalori:

1. Berdiri setiap 30 minit.

2. Berdiri semasa menjawab panggilan telefon.

3. Berjalan ke meja kawan anda daripada sekadar memberi mesej atau WhatsApp.

4. Letakkan bakul sampah jauh daripada meja anda supaya anda boleh bangun dan bergerak untuk memasukkan sesuatu ke dalamnya.

5. Isi separuh sahaja botol air anda atau gunakan gelas. Ia boleh menjadi alasan terbaik untuk anda kembali ke pantri.

Tuesday, 25 March 2014

Trik Minda Untuk Turunkan Berat Badan

Mempunyai "berat sasaran" bermaksud anda memberi tumpuan dan bukan pada prosesnya. Ia diibaratkan seperti cuba menjadi jutawan tetapi pada masa yang sama sering mengatakan diri belum cukup kaya. Untuk mendapatkan satu juta, anda perlu memberikan tumpuan kepada pengurusan wang yang baik.

Dalam pengurusan berat badan pula, satu-satunya cara untuk mencapai matlamat anda adalah dengan memberi tumpuan kepada apa yang dilakukan setiap hari. Antaranya adalah langkah yang kecil, akif dan merancang makanan. Ingat, fikirkan proses bukan hasilnya.

Monday, 24 March 2014

Anda Keracunan Makanan?

Jika anda mempunyai perut yang sensitif atau mengalami keracunan makanan. Rawatan semulajadi mampu membantu mengurangkan masalah anda. Ayuh cuba ini!

Halia - Rasa pedas asli halia mampu mengubati keracunan anda. Rasa pedas ini mengandungi antibiotik yang membuatkan perut anda kembali normal.

Jus Lemon - Pastikan peti sejuk anda mempunyai simpanan jus lemon. Lemon mengandungi sejenis asid yang dapat membunuh bakteria jahat dalam perut. Caranya, campurkan jus lemon dalam minuman anda.

Pudina - Rasa pedas dan segar mampu melegakan perut. Campurkan dengan jus atau teh sebelum anda menikmatinya.

Cuka Epal - Ia membantu menyembuhkan sakit kepala dan sekaligus menyembuhkan masalah penghadaman.

Ingin Bertanya?

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...