Pages

Friday, 28 March 2014

Susu Ibu Rangsang Selera Bayi

Deria rasa bayi mula berkembang sejak ia masih dalam rahim apabila ia terdedah kepada diet ibu. Rasa makanan yang diambil ibu akan terus dikongsi bersama bayi melalui pemberian susu badan.

Disebabkan pemakanan ibu, susu badan akan mempunyai rasa sedikit berbeza setiap kali bayi meminumnya. Ia membuatkan anak berselera dan apa saja yang berasa manis akan menarik perhatian anak.

Oleh itu, sepanjang pemberian susu badan, ibu dinasihatkan pakar perubatan untuk makan pelbagai jenis makanan berzat tinggi dalam kumpulan rasa berbeza supaya anak lebih bersedia dan tidak cerewet apabila mula diperkenalkan dengan makanan pepejal.

No comments:

Post a Comment