Pages

Tuesday, 4 March 2014

Bayi Menangis

Tangisan bayi sewaktu dilahirkan adalah suara yang dialu-alukan oleh ibu dan doktor. Suara tangsian itu merupakan tanda bahawa bayi yang baru lahir itu adalah seorang bayi yang sihat.

Dalam hari-hari mendatang, suara tangisan bayi menjadi loceng panggilan kepada ibu - melihat sama ada bayinya basah, kelaparan atau mengantuk. Selalunya bayi akan berhenti menangis apabila keperluannya dipenuhi, namun ada kalanya tangisan itu berterusan tanpa diketahui puncanya.

Punca Bayi Menangis

Bayi biasanya akan menangis apabila dia:
  • Lapar dan dahaga
  • Mengantuk atau letih
  • Kesejukan atau basah
  • Minta didukung
  • Perlu tukarkan lampin
  • Dalam kesakitan atau tidak selesa


Menangis Berterusan

Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai:
  • Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
  • Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi.
  • Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa.
  • Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.


No comments:

Post a Comment