Pages

Monday, 17 March 2014

Soalan-Soalan Biasa Yang Dikemukan Selepas Bersalin



Saya baru bersalin secara pembedahan 6 bulan lepas dan kini mengandung lagi. Adakah luka akan terbuka? Perlukah kandungan digugurkan?

Jawapan : Teruskan kandungan. Luka yang sudah sembuh dengan baik tidak akan terbuka. Anda akan bersalin 9 bulan lagi, jadi anda mempunyai waktu yang banyak bagi penyembuhan. Ini bukanlah alasan untuk gugurkan kandungan.


Berapa jarak waktu yang selamat selepas pembedahan untuk mengandung?

Jawapan : Tidak ada waktu yang tetap. 2 tahun merupakan waktu yang baik kerana bayi sudah habis menyusu dan ibu dapat berehat secukupnya.


Jika sekali telah melakukan pembedahan, adakah kehamilan yang seterusnya perlukan pembedahan juga?

Jawapan : Tidak. Tetapi kalau anda sudah menjalani 2 kali pembedahan, kehamilan yang seterusnya memerlukan pembedahan.


Berapa jumlah kelahiran sekiranya telah menjalani pembedahan?

Jawapan : Tidak dapat dipastikan dengan jelas. Bergantung kepada keadaan dalam perut ibu. Semasa pembedahan, doktor akan memberi nasihat. Jika baik keadaannya, kemungkinan boleh mendapat 4 atau 5 orang anak melalui pembedahan. Walau bagaimanapun, risiko tetap meningkat pada setiap kelahiran.


Bagaimana pula dengan hubungan seksual? Bilakah aktiviti ini boleh dilakukan?

Jawapan : Biasanya jahitan pada luka vagina sembuh dan darah nifas sudah kering bagi yang bersalin secara normal. Begitu juga dengan bersalin secara pembedahan. Perlu diingat, amalan perancangan keluarga penting ketika ini kerana tahap kesuburan adalah tinggi bagi mereka yang tidak menyusu sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment