Di tempat kerja
simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais
(jangan dibekukan)
Rasional: Untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara
dari proses pembekuan
Sampai di rumah
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima
yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk digunakan pada keesokan
hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais
Pengurusan bekalan susu:
Pada setiap hari, ambil satu botol susu beku (yang
bertarikh paling lama), bawa turun ke bahagian sejuk peti ais untuk dibiarkan
mencair semalaman. Gunakan keesokan harinya bersama susu segar di bahagian
sejuk peti ais.
Rasional: Bayi akan memperolehi semaksimum mungkin susu
perahan segar pada setiap hari dan hanya sedikit sahaja susu simpanan beku.
No comments:
Post a Comment