Ibu hamil masih lagi
boleh menunaikan tanggungjawab untuk berpuasa sekiranya kesihatan diri
mengizinkan untuk berbuat demikian. Namun, perlu diingat bahawa ibu hamil juga
dibenarkan untuk berbuka atau meninggalkan puasa sekiranya berasa tidak berdaya
atau mungkin memudaratkan kandungannya. Oleh itu, ibu hamil seharusnya memahami
situasi diri serta membuat keputusan yang bijak sama ada boleh atau tidak untuk
berpuasa.
Tips Kekal Cergas Untuk Berpuasa
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal
cergas di bulan Ramadhan.
Ambil makanan mengandungi karbohidrat, protein,
vitamin, mineral tetapi sedikit lemak.
Tingkatkan metabolisme dalam badan dengan melakukan
aktiviti fizikal. Ibu hamil boleh melakukan aktiviti tersebut selama 30 minit
iaitu sebelum berbuka atau selepas makanan hadam.
Bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi pada siang
hari. Disarankan minum lebih banyak air kosong.
Jangan minum minuman yang mengandungi kafein.
Kafein tidak elok serta menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
Tips Mengurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa
Berpuasa mempunyai banyak hikmah serta pengajarannya. Selain daripada berfungsi sebagai merehatkan sistem pencernaan, berpuasa juga mampu bertindak sebagai diet untuk mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:
Hadkan pengambilan makanan yang bergula, berminyak
dan berlemak.
Elakkan minuman yang manis seperti sirap, kordial,
air berkarbonat dan sebagainya. Banyakkan minum air kosong, susu rendah lemak
atau jus buah-buahan yang tidak ditambah gula.
Jangan makan terlalu banyak. Hadkan saiz hidangan
anda. Pastikan anda mengekalkan saiz hidangan yang kecil.
Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan yang kaya dengan serat sangat baik untuk ibu hamil.
Jadikan senaman ringkas sebagai rutin harian.
Senaman yang ringkas dan mudah untuk dilakukan seperti berjalan, menaikki anak
tangga serta lain-lain aktiviti dapat membantu anda untuk mengurangkan berat
badan.
Ketahui Risiko Berpuasa Jika...
Ketahui masalah-masalah yang
tidak mengizinkan seseorang ibu hamil itu berpuasa. Antaranya:
Pendarahan – Bagi ibu hamil yang
pernah mengalami masalah pendarahan, memaksa diri untuk berpuasa akan membuat
keadaan bertambah serius. Sekiranya ingin juga berpuasa, dapatkan nasihat dari
doktor terlebih dahulu.
Kencing Manis – Ibu hamil yang
menghidap kencing manis (diabetes) tidak disarankan untuk berpuasa. Ini
disebabkan ibu hamil seharusnya mengikuti jadual diet yang telah ditetapkan
oleh ahli perubatan bagi mengawal kadar gula dalam darah. Selain itu, ibu hamil
juga harus menjalani rutin pemakanan ubat secara teratur.
Tekanan Darah Tinggi – Bagi ibu hamil yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi seharusnya
tidak boleh melengah-lengahkan pengambilan ubat. Sekiranya terlewat, ia
berkemungkinan menyebabkan tekanan darah jadi tidak terkawal, serta boleh naik
atau turun secara tiba-tiba. Perkara ini sangat berbahaya kerana ia boleh
menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi.
Gangguan Sistem Pencernaan – Masalah terhadap sistem pencernaan akan menyebabkan berlakunya gejala
seperti kembung perut, sembelit dan buasir. Ia juga berkemungkinan menyebabkan
ibu hamil mengalami gastrik. Perut kosong akan menyebabkan perut berasid dan
ini sangat berbahaya kepada bayi.
Dehidrasi –Dehidrasi terjadi
apabila ibu hamil mengalami masalah cirit-birit serta muntah-muntah yang
berlebihan, berpeluh dingin dan disertai pening kepala. mengalami situasi
tersebut segeralah berbuka puasa.
Hari Bersalin – Elakkan untuk
puasa pada waktu tersebut. Ini adalah kerana Ibu hamil sangat memerlukan tenaga
untuk proses kelahiran kelak. Memaksa diri untuk berpuasa hanya akan
menyebabkan terjadinya perkara yang tidak diingini seperti pengsan, kurang
tenaga untuk meneran serta pendarahan yang serius.
Antara tanda-tanda lain
yang harus diambil kira oleh ibu hamil adalah seperti:
Muntah
Cirit-Birit
Hidung Berdarah
Lemas
Pening
Peluh Berlebihan
Berpinar-pinar
Kejang dan Kebas
No comments:
Post a Comment