Susu merupakan asas pembiakan yang sesuai bagi
bakteria yang menyebabkan gastroenteritis, sejenis penyakit yang boleh
mengancam nyawa bayi muda. terdapat beberapa perkara petunjuk yang perlu anda
ikut dengan berhati-hati. Tetapi yang paling utama ialah peraturan penting,
iaitu anda mesti membasuh dan mensterilkan semua peralatan sebelum digunakan.
Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda menyusukan bayi anda menggunakan
botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan. Anda
perlu membasuh dan mensterilkan botol tersebut serta menyediakan penyusuan yang
baru apabila hanya tinggal dua botol penyediaan tersedia di dalam peti sejuk
anda.
Membasuh
Letakkan semua botol, puting susu, penutup,
gegelang, cakera, corong, sudu dan pisau yang telah dibilas ke dalam air sabun
panas. Basuh dengan sempurna.
Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus
botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling
leher botol serta jalur skrunya.
Sapukan garam di bahagian dalam puting dan gerakkan
ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya, tindakan mengikis
mengasingkan kesan susu.
Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan
sempurna di bawah air yang mengalir. Gunakan pin untuk membersihkan
lubang-lubang pada puting susu.
Mensteril
Isikan tangki (bekas) dengan air sejuk dan
tambahkan pil atau cecair pensterilan. Apabila pil tersebut telah larut,
letakkan peralatan ke dalamnya dengan memenuhkan botol dengan air supaya botol
tidak terapung.
Goyang semua benda ke sekeliling sehingga anda tidak
melihat sebarang gelembung udara. Di mana sahaja udara terperangkap, peralatan
tidak akan menjadi steril. Letak bekas apungan ke dalam dan tutup tangki
(bekas).
Biarkan sekurang-kurangnya masa yang minimun,
kemudian keluarkan peralatan apabila diperlukan dan bilas dalam air mendidih.
Keringkan di atas kertas dapur.
Nota:
Biarkan semua peralatan di dalam air dengan
meletakkan bekas apungan.
Pastikan tidak ada gelembung udara terapung di
dalam botol.
Letakkan puting susu secara terbalik ke dalam. jika
tidak, udara akan terperangkap di dalam puting dan puting tidak akan menjadi
steril.
No comments:
Post a Comment