Sekiranya anda mengambil tindakan berjaga-jaga di
bawah, sepatutnya dapat melindungi bayi anda daripada bakteria yang menyebabkan
sakit perut atau gastroenteritis.
Sterilkan semua peralatan penyusuan sebelum
digunakan, walaupun peralatan baru.
Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, bancuh setiap
penyusuan hanya apabila anda memerlukannya.
Jika bayi anda tidak menghabiskan susunya pada
suatu masa penyusuan, buang susu berlebihan. Jangan simpan susu untuk penyusuan
berikutnya kerana air liur bayi anda telah mencemari susu tersebut.
Buang sebarang susu yang telah dipanaskan untuk
bayi anda, walaupun bayi anda tidak menyentuhnya. Proses pemanasan susu
mengalakkan bakteria membiak.
Jangan simpan bancuhan susu di dalam peti sejuk
selama lebih 24 jam.
Biarkan botol di dalam larutan pensterilan sehingga
anda memerlukannya (pensterilan berkesan selama 24 jam) supaya botol tidak dicemari
oleh bakteria di dalam udara
Keluarkan puting susu selepas suatu masa minimum,
keringkan di atas kertas dapur, kemudian simpan di dalam balang yang steril.
Jangan keringkan peralatan steril di atas papan
pengering atau pada tuala teh. Keringkan di atas kertas dapur, dan lap kering
pisau sahaja dengan menggunakan kertas dapur.
Basuh tangan anda sebelum anda menyentuh peralatan
steril.
No comments:
Post a Comment