Pages

Wednesday, 24 July 2013

Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan



Bekas menyimpan susu, mesti bersih dan steril

Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan

Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan

Simpan di dalam peti sejuk

Labelkan bekas dengan nama bayi, tarikh dan masa mula pemerahan

Gunakan susu yang awal terlebih dahulu


Cara Menyimpan Susu Perahan
Tempat :

1. Suhu Bilik:
Suhu 25C - 37C
Suhu 15C - 25C
Bayi Normal : 4 hingga 8 jam
Bayi Pramasa/Sakit : sehingga 4 jam (tidak disyorkan)


2. Peti Sejuk (Rak Atas) :
Suhu 2C - 4C
Bayi Normal : 3 hingga 5 hari (> 5 hari masuk 'freezer')
Bayi Pramasa/Sakit : 2 hari (48 jam)


3. Peti Sejuk (1 pintu) :
(Bahagian Beku)

Bayi Normal : 2 minggu
Bayi Pramasa/Sakit : Tidak Disyorkan


4. Peti Sejuk (2 pintu) :
(Bahagian Beku)
Suhu - 20C
Bayi Normal : 3 bulan
Bayi Pramasa/sakit : 3 bulan

Nota: Susu Beku yang dicairkan dalam peti sejuk rak atas 2 pintu....setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan boleh digunakan dalam tempoh 24jam sahaja bagi bayi Normal dan bagi Bayi Pramasa/Sakit mesti digunakan dalam tempoh 12 jam


5. Peti Sejuk "Deep Freeze"

Bayi Normal : 6 bulan
Bayi Pramasa/Sakit : 6 bulan

No comments:

Post a Comment