Memberi Susu Perahan Menggunakan Sudu dan Cawan
Pangku bayi di atas peha pada aras 45 darjah
Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir
bawah bayi
Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. Pegang
cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya,
adalah perkara biasa jika susu tumpah sikit
Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri
Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh
Pengasuh
Elakkan memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh
perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan
perhatian.
Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti
kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan
tanda-tanda tersebut bukannya mengikut jadual.
Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya
diampu menggunakan tangan bukannya lengan.
Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi
biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.
Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap
penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum.
Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dalam botol.
Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh
berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.
Nota : Lubang puting botol susu akan mengeluarkan air susu lebih laju berbanding puting susu ibu, jadi berhati-hati agar bayi tidak tersedak susu.
Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan
Sentiasa gunakan susu yang paling awal diperah
Letakkan susu beku yang hendak digunakan di
bahagian rak bawah peti sejuk semalamam supaya mudah dicairkan
Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam
(hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja)
Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau
atas dapur
Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam
masa 1 jam (tidak boleh disimpan semula)
Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah
menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan
lapisan lemak yang terpisah itu
Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa
titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan
No comments:
Post a Comment