Pages

Wednesday, 24 July 2013

Menjaga Puting Susu



Bayi anda hanya boleh menyusu dengan gembira jika puting susu yang digunakan membolehkannya menghisap keluar susu pada kadar yang betul. Apabila anda menonggengkan botol tersebut, anda sepatutnya dapat melihat dua atau tiga titisan keluar sesaat. Lubang yang terlalu kecil bermakna bayi akan kecewa dalam usahanya menghisap keluar susu yang mencukupi, lubang yang terlalu besar pula menyebabkan susu menyembur keluar.

Puting susu boleh merosot dan tersekat lubangnya. Sediakan beberapa puting susu steril tambahan di dalam sebuah balang supaya anda dapat menukar puting susu yang tidak sempurna dengan yang baru. Buang puting susu jika lubangnya terlau besar. Lubang yang terlalu kecil boleh dibesarkan dengan jarum. Periksa pengalirannya selepas itu.

Cara Membesarkan Lubang Puting Yang Terlalu Kecil

Tolak mata jarum ke dalam sebiji gabus. Panaskan hujung jarum dalam api sehingga panas, kemudian cucukkan ke dalam lubang puting.

No comments:

Post a Comment