Pages

Saturday 27 July 2013

Mengapa Badan Kita Memerlukan Suplemen Shaklee


Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, rasun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak secara ringkas yang mungkin, maka pegambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen dari produk Shaklee amat digalakkan. Selain dapat melengkapi keperluan vitamin dan nutrien harian, suplemen Shaklee juga bebas dari bahan-bahan berbahaya kerana ia asli dan organik.

No comments:

Post a Comment