Pages

Wednesday, 24 July 2013

Jaundice Pada Bayi Yang Menyusu Ibu



Adalah biasa bayi mendapat jaundis pada minggu pertama. Ia mula kelihatan pada hari kedua dan hilang selepas hari ke sepuluh. Bilirubin dikeluarkan dalam najis dan bukannya dalam kencing. Rawatan jaundis hanya perlu jika jaundis menjadi lebih tinggi.

Terdapat 2 jenis jaundis dalam bayi yang menyusu Ibu:

1. Jaundis Penyusuan Ibu (Breast Feeding Jaundice)

Ia adalah jaundis fisiologi yang berlebihan yang disebabkan kurang pembuangan bilirubin dalam najis. Ini disebabkan penyusuan ibu yang tidak mencukupi.

Sebanyak 3% dari bayi menyusu ibu mempunyai para SB > 12.9 mg % . Bagi bayi yang menyusu obu paras sehingga 15.5 gm % masih diterima sebagai jaundis fisiologi

Jaundis biasanya dikesan 3 - 4 hari selepas lahir dan hilang selepas bayi berumur 2 minggu.


Faktor Yang Menyebabkan Jaundis Penyusuan Ibu

Kurang susu ibu atau penyusuan ibu yang tidak kerap
Pemberian air atau minuman tambahan kepada bayi


Faktor Berikut Boleh Membantu Mengelakkan Jaundice Penyusuan Ibu

Penyusuan yang lebih kerap 8 - 12kali dalam 24 jam siang dan malam
Penyusuan yang efektif
Pembuangan najis yang kerap
Jangan diberi air tambahan kepada bayi
Beri susu ibu perahan untuk menambah pengambilan susu
Jangan berhenti penyusuan ibu
Jangan beri susu formula
Nilai semula jika SB > 15.5 gm %


2. Jaundis Susu Ibu

Jaundis yang berpanjangan yang disebabkan sesuatu bahan (tidak dikenali) yang mungkin terdapat dalam susu ibu

Insiden kurang dari 1%

Mula dikesan selepas 1 hari dan kekal dari 3 minggu hingga 3 bulan

Bayi berkeadaan normal, sihat, berat badan meningkat dan mempunyai najis yang normal


Rawatan:

Pastikan sebab-sebab jaundis yang lain

Jika SB lebih 20 mg % hentikan sementara penyusuan ibu selama 24 jam dan jaundis akan berkurangan dari paras sebelumnya. Apabila susu ibu diberikan semula jaundis akan meningkat tetapi tidak mencapai tahap yang lalu.

Teruskan penyusuan ibu

No comments:

Post a Comment