Pages

Friday, 26 July 2013

Fungsi Dan Kebaikan Vita E Complex Shaklee



VITA E COMPLEX

Perbezaan Shaklee:

Vita E Complex Shaklee dibuat dari minyak soya organic dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

"Vita E Complex Shaklee" mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Manfaat Utama:

Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.

Mempertingkatkan kemampuan Reproduktif – Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

Anti-Oksidan yang Kuat – pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.

Kelestarian Tenaga – Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

Menghalang Keguguran – Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

Vita E Complex Shaklee juga berfungsi memperbaiki parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Nota:

Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.


Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan Cukup?

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.

Adakah Vitamin E Selamat?

Didalam buku “Presciption for Longevity” yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamain E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung jampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU.

Cadangan:

Untuk pemeliharaan kesihatan
1 kapsul sehari (selepas makan)

Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif
2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali.

Menentang kanser dan mengurangkan parut
2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali

Vitamin E (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E terlengkap di pasaran.

Selenium – Suplemen Vita E Complex Shaklee pada lelaki tidak subur: Kesan ke atas pararneter air mani dan kadar kehamilan.

Journal: International Journal of General Medicine

Kajian ini melibatkan 690 lelaki tidak subur dengan idiopathic asthenoteratospermia yang menerima tambahan harian Se (200μg) dalam kombinasi dengan vitamin E (400 unit) untuk sekurang-kurangnya 100hari.

Kesimpulan

Tambahan Se dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutamanya pada motilitas sperma.

No comments:

Post a Comment