Pages

Friday, 26 July 2013

Fungsi Dan Kebaikan Nutriferon Shaklee



NUTRIFERON

Nutriferon Shaklee adalah penemuan terhebat dalam bidang immunologi

Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah Berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia "Nutriferon". Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Nutriferon adalah satu Formula Eksekulif dan diPaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.

Didalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.

Manfaat Utama:

Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari – Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofog.

Melawan Kanser & Tumor – Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

Melindungi dari influenza – Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

Meringankan Stres & Kelesuan – Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

Melambatkan Penuaan -  Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofog untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C – Keberkesanan Nutriferon® dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatatis B & C.

Mempertingkatkan Menopaus – Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

Mempertingkatkan PMS – Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


4 Ekstrak Tumbuhan

Biji Labu – Merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

Biji Plantago Asiatica – Mengandungi poliskarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

Honeysuckle Jepun – Menentang pencerobohan virus dan kuman.

Bunga Safflower – Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Dari Mana Datangnya Virus, Kuman dan Mirob?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa-dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabut, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain.

Bagaimana Microb Menjejaskan Kita?

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stres, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, eczema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degenaratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.

Cadangan Pengambilan Nutriferon:

Untuk pemeliharaan kesihatan
1 paket sehari (tuang ke dalam mulut terus atau campur dengan minuman panas atau sejuk pada bila-bila masa).

Sewaktu rawatan influenza dan kanser
2 – 3 peket sehari.

Lebih baik apabila di ambil bersama Vitamin C.

No comments:

Post a Comment