[Jangan Kerap Makan Ubat]
Untuk pengetahuan Mama, apabila seorang bayi mengalami selesema atau batuk, hal tersebut sering kali disebabkan oleh jangkitan virus dan pada kebanyakan masa ubat tidak diperlukan.
Jika anak Mama hanya mengalami selesema atau batuk yang ringan, lebih elok di biarkan sahaja kerana keadaan ini secara tidak langsung akan melatih sistem imuniti badannya untuk melawan kuman.
Bayi atau kanak-kanak yang terlalu kerap diberi makan ubat mungkin akan mempunyai daya ketahanan badan yang lemah dan kemungkinan akan menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada ubat. Oleh itu, Mama tidak perlu terlalu kerap memberi anak Mama ubat terutamanya antibiotik kerana akan melemahkan daya ketahanan badan.
No comments:
Post a Comment