Pages

Tuesday, 24 December 2013

5 Kebaikan Kurma Semasa Hamil

1. Penuh Zat Besi

Sangat sesuai dimakan terutama bagi anda yang mengalami masalah anemia akibat kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

2. Kaya Khasiat

Di dalam kurma, ia mengandungi protein (1.8 - 2.0%), serat (2.0 - 4.0%), glukosa (50.0 - 57.0%), Vitamin A, Vitamin C, Sodium dan Potassium.

3. Mudah Kenyang

Kandungan gula di dalam kurma mudah diserap tubuh dan dapat memberi tenaga segera apabila anda memakannya ketika lapar. Malah, anda mudah kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan pemakanan yang berlebihan.

4. Tinggi Potassium

Kandungan potassium sememangnya penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payudara dan rahim.

5. Mudahkan Proses Bersalin 

Kurma boleh membantu anda memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan khusus di dalamnya yang boleh membantu proses berkenaan.

No comments:

Post a Comment