Banyak halangan yang mungkin perlu anda tempuh
sepanjang usaha menyusukan bayi. Sebagai persediaan awal, ketahui panduan
berkaitan jika anda ditimpa masalah penyusuan.
Bengkak Susu
Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusukan bayi. Antara simptom bengkak susu iaitu payudara nampak berkilat, sakit, tegang, keras dan rasa agak panas bila dipegang. Keadaan puting agak leper, bengkak dan merekah. Selain itu bayi anda akan sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar. Punca berlaku pembengkakan susu ialah ibu jarang menyusukan bayi, menghadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat, tidak menyusukan pada waktu malam. hisapan kurang efektif atau ibu mula memberi anak minuman lain pada awal kelahirannya.
Cara mengatasi masalah ini:
Betulkan posisi semasa mendakap bayi untuk
disusukan.
Susukan bayi dengan kerap tanpa had siang dan
malam.
Perah susu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali
sehari dan sekali pada waktu malam.
Kejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu
sekurang-kurangnya 2 jam sekali.
Tuam dan urut perlahan-lahan payudara sebelum menyusukan.
Mula menyusukan bayi sebaik sahaja payudara keras
dan penuh.
Minta bantuan sesiapa untuk mengurut bahagian
tengkuk sebelum menyusukan bayi.
Saluran Susu Tersumbat
Masalah ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Mungkin payudara anda kelihatan biasa tetapi bila disentuh ada ketulan di bahagian tertentu dan terasa sakit. Selain itu, payudara kelihatan agak kemerahan. Bila menghadapi situasi tersebut anda perlu:
Membetulkan posisi dan dakapan untuk memastikan
pengaliran susu yang lebih efektif.
Urut perlahan-lahan di sekeliling payudara hingga
puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
Sokong payudara dengan telapak tangan.
Elak tidur meniarap dan memakai baju dalam yang
ketat.
Mastitis
Masalah ini perlu diberi perhatian! Antara simptom yang dialami termasuk demam selesema, payudara akan berasa hangat, merah dan bengkak serta sakit. Puncanya sama seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat. Cara mengatasi masalah ini:
Periksa payudara untuk melihat simptom tisu rosak
dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan
dakapan.
Kerap menyusu. Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2
1/2 jam.
Ambil ubat segera jika berlaku apa-apa jangkitan.
Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyak minum air.
Jika simptom semakin jelas dan berlaku rekahan,
kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat dengan antibiotik.
Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama
10 hari.
Tidak Cukup Susu
Tidak cukup susu menjadi alasan untuk ibu berhenti menyusukan bayi. Anggapan pengaliran susu tidak mencukupi untuk bayi adalah salah. Antara punca susu tidak cukup ialah dakapan yang lemah hingga menyebabkan hisapan kurang efektif dan pengaliran susu menjadi kurang. Antara lain, masa penyusuan terlalu singkat, tidak mempunyai susu akhir, jarang menyusu kurang daripada 8 kali dalam tempoh 24 jam, tidak menyusu di waktu malam dan banyak lagi. Jika terasa susu kurang, ibu boleh menambahnya dengan:
Perbetulkan posisi semasa menyusu.
Lebih kerap menyusu sekurang-kurangnya 10 kali
dalam tempoh 24 jam.
Tidur berdekatan bayi dan susukan dia di awal pagi
ketika tahap prolaktin tinggi.
Perah susu ibu selepas setiap kali penyusuan.
Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh menyusu dan
mengeluarkan bekalan susu yang cukup untuk keperluan bayi.
Puting Bengkak Dan Sakit
Jika payudara atau puting mengalami rasa sakit atau tidak selesa, pengurusan penyusuan mesti dinilai semula. Penyusuan tdak sepatutnya menyakitkan. Simptom seperti tidak selesa (gatal, rasa panas), sakit, merekah, ruam (dermatitis, herpes), kemerahan, kulit berkeping, kulit berkilat dan sakit selepas menyusu adalah tanda puting payudara bengkak dan sakit.
Punca masalah tersebut disebabkan oleh faktor dakapan dan posisi kedudukan yang tidak betul, bengkak susu, salah hisapan, bayi keliru antara hisapan puting botol susu dengan penyusuan ibu atau jika makanan tambahan telah diberi. Cara mengatasi masalah ini:
Mengurangkan bengkak susu di sekeliling puting dan
aerola. Jika perlu perah dengan jari secara lembut.
Jika sakit semakin terasa, ambil ubat seperti
paracetamol (panadol).
Jika rekahan puting semakin teruk, perah susu
dengan tangan dan beri kepada bayi selama 1 hingga 2 hari.
Sebelum menyusukan bayi, tuam payudara untuk
merangsangkan pengaliran susu. Mulakan penyusuan di sebelah payudara yang
kurang sakit.
Susui bayi secara lebih kerap, mengikut keperluan
bayi, elak daripada menghadkan penyusuan.
Selepas menyusu, perah sedikit susu akhir yang
berlemak dan sapu pada puting. Biarkan sehingga kering.
Elak guna sabun dan alkohol untuk mencuci puting.
Masalah Susu Meleleh
Hal ini berlaku kerana payudara penuh dengan susu. Jadi, cuba tekap tapak tangan pada puting selama 1 atau 2 minit. Tukar pad coli bila lembap dan perah lebih kerap.
Masalah Penyusuan - Susu Ibu
Pemeriksaan Buah Dada dan Puting
Pemeriksaan yang teliti jika ibu menghadapi masalah
yang disyaki berpunca dari buah dada
Mengajar ibu supaya menyediakan puting yang sesuai
untuk penyusuan
Perhatikan perbezaan antara kedua-dua belah buah
dada
Perhatikan samada terdapat bengkak, ketulan atau
kemerahan
Anatomi buah dada yang tidak normal dan riwayat
pembedahan yang pernah dilakukan
Puting tenggelam yang mungkin menyusahkan bayi
melekap
Pengendalian Kes Puting Tenggelam (Inverted Nipple)
Puting tenggelam berlaku jika rawatan semasa antenatal tidak berkesan. Bantuan awal diperlukan selepas bersalin apabila anak mula menyusu.
Beri keyakinan kepada ibu bahawa dengan kesabaran
dan kegigihan dia mungkin akan berjaya
Beritahu ibu bahawa bayi hisap dari buah dada dan
bukan dari puting
Galakkan ibu mengadakan sentuhan kulit dengan
bayinya
Galakkan ibu memegang bayi dengan betul
Galakkan pemakaian 'breast shield'
Bantu ibu mengeluarkan putingnya sebelum menyusu
(menggunakan breast pump, syringe)
Sekiranya masih gagal, bantu ibu memerah susunya
dan berikan perahan susu ibu kepada bayinya dengan cawan.
Bengkak Buah Dada (Breast Engorgement)
Dalam keadaan laktasi peredaran darah dan lymph akan meningkat. Ini mengakibat rasa tegang, penuh dan panas. Penyusuan akan mengurangkan rasa ketegangan ini. Peningkatan volume ini susu yang cepat akan mengakibatkan pengaliran susu yang banyak dan akan mengalami kebengkakan.
Bengkak akan timbul sekiranya pengeluaran susu tidak kerap atau tidak cukup. Setengah ibu dapat menghasilkan susu yang terlalu banyak sehingga anak tidak dapat menghisap semuanya. Ini mengakibatkan bengkak buah dada.
Buah dada akan panas, sakit dan bengkak. Pada 'engorgement' yang teruk pengeluaran susu akan berkurangan atau terhenti.
Cara - Cara Mencegah Engorgement:
Pastikan susu ibu diberi 1 jam selepas bersalin
Pastikan penempatan bersama antara ibu dan anak
setiap hari
Adakan anggota memberi bantuan dengan cepat dan ibu
tahu cara memberi susu ibu
Ibu digalakkan memberi penyusuan on demand (memberi
ikut kemahuan bayi) iaitu dalam 8 hingga 12 kali penyusuan dalam 24 jam.
Adakah ibu selesa dalam suasana 'caring atitude'
Bila ibu tidak dapat menyusui anaknya, ibu
digalakkan memerah susu dengan kerap
Jangan memberi bayi puting kosong atau susu botol.
Ini akan mendatangkan kekeliruan 'sucking effect' kepada bayi
Cara- cara Mengatasi Engorgement:
Periksa samada kedudukan bayi adalah betul antara
penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat
keluar
Galakkan penyusuan on demand
'Cold Compress' mengurangkan sakit antara
penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat
keluar
Galakkan ibu untuk memerah susu sebelum penyusuan
untuk melembutkan areolar dan seterusnya membantu bayi get 'attached'
Setelah susu dikeluarkan, letakkan 'cold compress'
atas buah dada untuk mengurangkan bengkak
Sekiranya dengan penyusuan kepada bayi sahaja tidak
dapat melegakan 'engorgement', ibu dinasihatkan supaya memerah susu antara masa
bayi tidak menyusu.
Puting Luka (Sore Nipple)
Sebab-Sebab Terjadi Sore Nipple:
Ibu perlu pertolongan tetapi tidak dibantu cara
penyusuan yang betul akibatnya 'attachment yang tidak betul'
Buah dada engorgement sebab penyusuan kurang kerap
Bayi belum pandai membentuk 'suckling effect'
Bayi ada 'thrush infection' yang berjangkit pada
puting ibu
Terdapat 'thrush tied' pada bayi - short frenulum
Rawatan Puting Luka:
Pemeriksaan samada kedudukan bayi adalah betul,
proper atua good attachment adalah penting
Letakkan/sapu susu yang diperah pada puting untuk
melegakan serta melicinkan tisu puting. Letakkan tuala basah sebelum penyusuan
untuk merangsangkan proses 'let down'
Mulakan penyusuan pada buah dada yang kurang
luka/buah duada yang sihat.
Jangan hadkan jumlah penyusuan
Sekiranya bayi tertidur dan tidak menyusu lagi,
lepaskan puting secara perlahan-lahan daripada bayi dengan memasukkan jari
untuk lepaskan hisapan. Elakkan dari menarik puting, dikhuatiri akan
menambahkan lagi luka di puting anda.
Biarkan buah dada terdedah pada udara dan matahari
untuk penyembuhan yang segera.
Berikan rawatan 'oral thrush' pada mulut bayi dan
puting ibu.
Salur Tersumbat (Blocked Milk Duct)
Salur tersumbat disebabkan susu dari satu bahagian buah dada tidak mengalir dengan baik dan membentuk satu ketulan susu pekat yang akan menyumbatkan susu
Sebab-sebab Salur Tersumbat
Penyusuan ibu tidak kerap
Susu tidak dikeluarkan secukupnya dari semua
bahagian buah dada
Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada
Cara - Cara Merawat Salur Tersumbat
Periksa cara bayi melekap
Menggunakan lebih dari satu posisi semasa menyusu
supaya susu dapat dikeluarkan dari semua bahagian buah dada
Memberi susu dengan kerap
Susui bayi dengan buah dada yang sakit dengan dagu
bayi menghala ke arah pembengkakan tadi
Mengurut bengkak ke arah puting dengan
perlahan-lahan sebelum dan selepas penyusuan
Sebelum penyusuan letakkan tuala basah panas di
bahagian yang bengkak
Jangan menggunakan bra yang ketat.
Jangkitan Buah Dada / Breast Infection (Mastitis)
Merupakan radang pada buah dada yang mengakibatkan 'localised tenderness', kemerahan dan sakit.
Ibu menderita demam, rasa letih, loya atau pening kepala. Selanjutnya ia menjadi abcess. Kawasan abscess ini rasa panas, sakit dan mengandungi cairan.
Sebab-sebab Mastitis:
Puting pecah atau merekah
Salur tersumbat, bengkak buah dada atau penakungan
susu (milk stasis)
Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada
Badan tidak dapat melawan kuman kerana keletihan
Rawatan Mastitis:
Jangan berhenti penyusuan ibu
Lebihkan berehat sebanyak mana yang boleh
Minum lebih banyak air jika dahaga
Mulakan penyusuan dengan buah dada yang terlibat
dahulu
Pastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan
yang berkesan
Tuamkan buah dada dengan air suam sebelum dan
selepas penyusuan untuk menambahkan pengaliran susu
Beri ubat penahan sakit
Antibiotik secukupnya
Ubat anti inflamatori (panadol)
Perah susu pada buah dada yang terlibat
Apa Yang Patut TIDAK Dilakukan Pada Puting Luka
(LARANGAN UNTUK PUTING LUKA)
Jangan gunakan nipple shield
Jangan berhenti menyusui bayi
Jangan Hadkan jumlah atau masa penyusuan
Jangan letakkan oil-based lotion atau ubat beracun
pada puting
Puting Luka
Puting luka, puting melecet atau cracked nipple
adalah masalah yang paling-paling-paling biasa kalau kita mula-mula nak
breastfeed.
Macam-macamlah orang kata, nipple nak bersalin kulitlah, sebab baby gigitlah.. dsb. Tak kira lah apa pun, jangan terkejut kalau dalam minggu pertama tu anda tak boleh pakai bra sebab puting melecet.
Tapi jangan ambil mudah.
Sebab benda utama yang mengakibatkan puting luka ni ialah kedudukan baby, iaitu cara dia "latch on". Kalau baby latch tak betul, bukan je puting anda sakit, tapi baby pun tak dapat susu yang sepatutnya. Sebab dia patut latch di "aerola", bukan puting.
Apa nak kena buat kalau puting luka ni?
Anda kena periksa kedudukan bayi dan cara dia
latch. Kalau tak, lakukan ini untuk penyelesaian segera:
Tukar position setiap kali feeding. Tukar-tukar
dari "cradle hold" ke "cross-cradle", ke "football
hold" dan sebagainya.
Sapukan air susu di puting anda dan biarkan
"air dry". Air susu ni banyak gunanya tau!
Gunakan krim untuk puting luka yang terdapat di
pasaran. Yang paling berkesan dan ekonomi pernah saya cuba
"Bepanthen", kerana ia juga boleh digunakan untuk ruam bayi!
Pakai "breast shell" sebelum memakai bra
supaya puting anda tak bergesel dengan bra.
Perah sedikit susu anda sebelum memberi kepada bayi
untuk mendapatkan let-down dan bayi anda tak perlu menghisap dengan kuat untuk
let-down.
Keputihan (Trush Infection)
Semasa dalam proses keluar dari rahim ibu, bayi boleh dijangkiti 'oral thrush', jangkitan yang disebabkan oleh Kulat "Candida Albicans".
Bayi kemudiannya menyebabkan jangkitan ini berpindah kepada puting ibu semasa menyusu. Dengan itu adalah penting rawatan diberi kepada ibu dan bayi.
Tanda-tanda Infection:
Puting boleh kelihatan normal merah atau radang
Terdapat kesakitan yang "serius", ibu
mengadu puting rasa terbakar dan bisa selepas penyusuan
Terdapat bercah-cah putih di dalam mulut bayi
(fungal diaper rash)
Ibu mempunyai infeksi di vagina
Rawatan Untuk Ibu:
Gentian Violet 1/4 - 1/2% sekali sehari selama 3
hari
Nystatin atau fungal cream disapu selepas setiap
penyusuan, diputing.
Jemur atau anginkan puting selepas penyusuan. Jika
menggunakan breast pads, ganti bila basah
Basuh tangan dengan bersih selepas menggantikan
napkin atau selepas ke tandas
Ubat infeksi di vagina (pasangan suami/isteri)
Rawatan
Untuk Bayi:
1/4 - 1/2% Gentian violet setelah penyusuan atau
Nystatin Drops selepas setiap penyusuan seterus 14 hari
Bila terdapat diapres rash - sapukan Gentian Violet
sekali selang sehari atau Nystatin Cream 4 kali sehari
Perah susu secara Demahan Botol Panas
Buah Dada Bernanah (Breast Abcess)
Jika jangkitan buah dada (mastitis) tidak dirawat dengan segera, ia mungkin membentuk pernanahan di dalam buah dada
Rawatan (Breast Abcess):
Antibiotik secukupnya
Torehan (incision & Drainage) jika perlu
Warm Compress
Penyusuan yang berkesan
Makanan (Susu Gantian) Boleh Diterima Apabila:
Ibu mendapat jangkitan kuman 'Herpes Simplex' buah
dada
Ibu mendapat jangkitan HIV selepas bersalin
Ibu sakit teruk
Ibu mengambil ubat yang tidak boleh digunakan
semasa menyusu
Ibu tidak mahu memberi susu disebabkan alasan yang
diluar kuasa hospital kakitangan kesihatan
No comments:
Post a Comment