Pages

Tuesday, 23 July 2013

Masalah-Masalah Berkaitan Penyusuan Susu Ibu



Dari masa seseorang wanita itu mengandung lagi , ada baiknya jika dia memahami tentang segala aspek penyusuan susu badan.

Ibu - ibu sering juga menyatakan yang ada jenis ubat tradisional atau herba yang boleh melebihkan susunya Walaupun tidak dinafikan langsung yang mungkin boleh berlaku , kita juga tidak boleh menafikan yang ini berlaku akibat apa yang dipanggil ' placebo ' iaitu ia berlaku akibat kesan psikologi para ibu. Perasaan risau yang susunya tidak akan cukup , umpamanya , mungkin mempegaruhi seseorang ibu itu untuk memikirkan yang dia tidak boleh menyusu ; lalu benar - benar susunya didapati tidak cukup.

Bayi yang baru lahir digalakkan untuk menghisap tetek ibu dengan secepat mungkin. Hisapan bayi adalah stimuli yang baik sekali untuk memastikan pengeluaran susu badan yang mencukupi ialah jika bayi itu sendiri menghisap sehingga dia puas. Bayi -bayi yang selalu tidur dan jarang menghisap akan mengurangkan susu yang dikeluarkan oleh ibunya.
Adakalanya bahagian ' puting buah dada ' ibu akan pecah dan terasa sakit bila bayi menghisap. Ini berlaku kerana salah dalam Teknik Penyusuan. Dalam keadaan ini ibu dinasihatkan supaya memastikan anak melekap dengan betul, Cuba beri anak menghisap dari payudara yang tidak sakit terlebih dahulu, bila susu mengalir dengan baik, beralihlah kepada payudara yang sakit. Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut anak. Alihkan bayi dari payudara anda perlahan-lahan. Sekiranya puting telah luka cuba sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda dan cuba elakkan dari penggunaan sabun atau losyen pada puting. Jangan sekali-kali berhenti dari menyusu badan.

Bengkak payudara satu masalah yang sering berlaku pada ibu-ibu lepas bersalin. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan perahan susu ibu samada menggunakan tangan atau pam. Jenis pam elektrik sangat berguna dalam keadaan di mana bayi -bayi tidak boleh menghisap kerana dilahirkan prematur atau memerlukan rawatan khas kerana sakit paru -paru , infeksi dan sebagainya. Bagaimanapun pam elektrik tidak biasa digunakan kerana mahal harganya. Jenis pam manual juga boleh digunakan untuk mengeluarkan susu untuk beberapa hari sehingga bayi boleh mula menghisap sendiri.

Satu masalah lagi yang biasa ditemui ialah ibu -ibu yang mendapati puting buah dadanya terbenam ( inverted nipple ) ; atau tidak menonjol keluar. Keadaan ini boleh diatasi jika seseorang ibu di waktu mengandung selalu mengurut -ngurut puting buah dadanya.
Tempoh bagi menyusu badan berbeza - beza bagi setiap orang bayi. Ada yang mahu disusukan lama daripada yang lain. Tetapi selalunya tempoh 5 minit adalah mencukupi. Ibu seharusnya hanya berhenti dari menyusu setelah bayi kelihatan tenang dan puas hati.

Berhubung dengan pertanyaan untuk beberapa lamakah seseorang ibu itu harus menyusukan bayinya , ini terpulanglah kepada setiap ibu itu. Tetapi secara amnya ibu digalakkan memberi susu badan untuk beberapa lama yang boleh. Ini bukan sahaja boleh mengecutkan rahimnya tetapi juga diakui oleh para penyelidik bahawa bentuk badan wanita itu akan menjadi lebih elok lagi. Dalam zaman moden ini ibu -ibu terutama mereka yang bekerja digalakkan untuk memberi susu badan sekurang -kurangnya selama 6 bulan dan memulakan makanan pepejal untuk bayi pada peringkat umur ini. Tetapi, adalah lebih baik jika dia boleh meneruskan amalan ini untuk seberapa lama yang boleh.

Kebanyakan ubat -ubat yang boleh diambil oleh ibu akan terkandung di dalam susu ibu walaupun dengan sedikit sahaja. Biasanya bayi -bayi tidak mendapat apa -apa akibat dari ubat ini kerana dos yang diterimanya adalah kecil sahaja. Walau bagaimanapun , ibu perlulah mendapat nasihat doktor jika dia terpaksa makan ubat -ubat khas semasa dia menyusukan bayi.

Adakalanya susu kelihatan bercampur darah. Ini adalah normal dan tidak perlu dikhuatiri. Ibu -ibu kadangkala berasa risau apabila terasa ada ' biji ' di buah dadanya dalam tempoh dia menyusukan bayinya , takut kalau -kalau dia menghidap barah buah dada. Disini adalah ditegaskan yang ' biji ' ini selalunya timbul dalam waktu penyusuan badan dan ia adalah normal. Tetapi , jika ' biji ' ini terus ada dan jika seseorang itu berasa tidak senang hati eloklah jika ia mendapatkan nasihat doktor.

No comments:

Post a Comment