Pages

Friday 26 July 2013

Legasi Shaklee



LEGASI SHAKLEE

Dr. Forrest C. Shaklee, Sr.
(Pengasas Shaklee)


Selama tempoh lebih 5 dekad, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semula jadi yang terulung di dunia.

Kemampanan dalam perniagaan dan pembangunan produk kesihatan.

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah menemui “Vitalized Minerals”, iaitu merupakan salah satu multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industry nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semula jadi – dengan mencari bahan-bahan semula jadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga di antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia.

Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.

Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagian manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment